Keychain Plastic Frame

Salam..

BAnjir kat Kelantan mulai reda..
Dan keadaannya sungguh dasyat..
Banjir lumpur, habis semua harta benda diselaputi lumpur..

Ada yang tinggal tapak rumah je, rumah dah dihanyutkan entah ke mana..
Kereta bertindih antara satu sama lain..
Pilu tengok semua gambar2 yang uploaded oleh rakan2 di Kelantan...

Banjir kat Temerloh masih belom reda..
Alhamdulillah, adik saya dan famili dah dipindahkan ke sekolah..
Cuma adik ipar saya yang operation tu jahitannya terbuka dan bernanah..
Helikopter amik masa yang lama untuk bawa dia ke hospital..
Pagi tadi baru bawak..

Dalam keadaan macam ni pasti ramai yang sakit, terutama orang tua-tua..
Heli pun tak banyak kan..
Mungkin kene ikot trip jugak..
Takpe, asalkan kini dia dah berada di hospital, in shaa Allah selamat...
Adik saya pun dah 4 hari tak mandi..

Diramalkan, air kat Temerloh tu akan turun ke Pekan...
Harap2 air tu mengalir elok2 je, apapun penduduk Pekan perlu berjaga2 jugak..

******

Barang baru harini ialah barang yang pernah ada kat asma-felt-box; dan kini dikembalikan semula..

Keychain bingkai plastik

Okay tak nama ni?
Keychain ni macma biasa la digunakan untuk letak gambar ke, nama ke, ayat-ayat indah ke, atau apa2 design sebagai cenderamata..

Bentuk seperti dalam gambar.
Saiz frame dalam : 3.2x4.5cm

Sesiapa yang pandai design cantik2 dan nak buat bisnes cenderamata kecik2 ni, memang sesuai sangat la..
Saya ni conteng2 je pandai..
huhuhu..

K la..
Jumpa esok dengan barang baru yang lain...

Wassalam...


2 comments:

  1. Keychain bingkai plastik okey... nak letak nama keychain frame lutsinar pun boleh (tetapi susah nak sebut pula)

    ReplyDelete
  2. Itu la.. Panjang kan.. Saya tanya supplier pun dia jawab keychain bingkai plastik.. HUhu..

    ReplyDelete