New Item : Brads 5mm Colourful High Quality

Salam...

Kat sini hujan turun dah 2 3 4 hari dah..
Secara jujurnya saya suka hujan..
Sebab nyaman, sejuk dan tanam-tanaman pun in shaa Allah akan subur bila start panas nanti.
Takde air kering, tanah kering dan tanaman tak menjadi...

Cuma hujan tak berhenti ni membuatkan kampung saya iaitu Kuantan dan Kemaman banjir.
Sedihnya...
Rumah saya tak banjir sebab tanah kat situ tinggi (walaupun dekat dengan pantai)..
Tapi rumah adik saya dah start naik air..

Kalo tengok kat Kelantan lagi teruk.. Sungai pun melimpah-limpah..
Ramai orang forwardkan kat saya yang empangan kat Thailand tu nak release air dan akan efek Kelantan, tapi adik saya kata berita tu tak benar sebab takde empangan area situ..
Tapi group Tourist Guide yang rata2 orang Terengganu, dan Kelantan takde yang menafikan..
Ntah la..
Tapi harap2 ianya tak benar la...
Tapi bila tengok keadaan Kelantan yang luar biasa tu, tak tau nak cakap la kan...

Masa saya kecik-kecik dulu, musim hujan memang hujan macam sekarang...
Hujan tak henti sampai 2 3 minggu...
Tapi banjir kat certain area je dan takde la mendadak macam sekarang..
La ni hujan lebat sejam dah banjir..

Bila pikir balik, patut la atuk nenek kita dulu buat rumah tinggi...
Rumah kayu, tiang tinggi.. Mungkin ini la yang mereka elakkan...
Kalo banjir pun dorang relax-relax je duk dalam rumah, tak perlu nak pindah-pindah macam sekarang.

Bila air naik pun, dengan mudahnya air tu melalui celah-celah tiang rumah dan sekejap je semua dah masuk ke sungai / laut..
Tak sempat nak naik tinggi...

La ni semua rumah atas tanah...
Air naik sampai  buku lali pun semua barang2 elektrik macam peti sejuk dan tv kene angkat letak atas meja..
Dan kalo jenis macam saya, suka beli perabot plywood murah2 alamat kembang la semua perabot tu nanti.. Terpaksa tukar baru...

Pembangunan (pembinaan bangunan) yang mendadak pun menyumbang kepada masalah banjir kilat ni jugak. Sebab sistem saliran tak efisyen..
Kalo nisbah air keluar tak berkadar terus dengan air yang turun, tak efisyen la tu..
Bukan nak salahkan pemaju ke apa, sebab kita manusia ni pengetahuan terhad. Dan dah bertahun-tahun hujan tak turun lama seperti beberapa tahun kebelakangan ni, mungkin para pemaju terlepas pandang tentang sistem saliran ni..

Aiyooo...
PAnjangnya mukadimah..
Ha kan.. Asma kalo dah start mula la panjang bebelannya..
Huhuhu..

Sori semua...

Seperti tajuk di atas, pasti korang rasa macam saya salah letak tajuk je kan..
Sebenarnya memang betul dah tajuk tu, cuma saya nak cakap sikit tentang kampung saya banjir, tetibe terbebel pulak..
Huhu.. sori..

Orait..
Barang baru.. barang baru..

BRADS 5MM WARNA WARNI

Brads ni bersaiz 5mm (diameter kepala)
Mixed kaler (seperti dalam gambar)
Berkualiti tinggi (HQ)

HARGA: RM1.50/10pcs

HQ tu High Quality tau.. Bukan Head Quarter ek.



Sebelum ni saya ada jual brads 5 warna yang berharga RM1.00/10pcs kan..
Brads tu besinya lembut, kejap je kakinya terpeleot..

Selepas sekian lama akhirnya jumpa pun brads yang kaki kuat..
Brads baru ni korang jangan bimbang..
Besinya keras, kalernya cantik.
Kepala pun bulat comel je..

Nak order?
Cam biasa la, bole isi borang, atau order kat website atau whatsapp..

Jumpa lagi esok ..

Wassalam...


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama