Sumbangan dan Bantuan Banjir

Salam...

Selamat Hari Jumaat..

Just a quick update.
Sebenarnya nak update semalam, tapi semalam seharian takde internet.
Hari Rabu pun takde tapi dari petang sampai malam, pastu dalam tengah2 malam sikit baru ada.
Ni pun time menulis ni, tenet slow sangat.
Harap2 lepas la nak post satu entry ni..

Jangan tuduh saya belom bayar bil tau..
Saya dah bayar sekali dengan yang bulan depan punya..
Advance tak? Hahaha..

Ada banyak lagi barang baru nak update, tapi takde mood sebab duk fikir risau pasal sahabat kita kat Pantai Timur tu.. Rumah adik saya kat Kuantan pun kena, nasib baik umah ayah tak kena jadi adik duk kat umah ayah sementara waktu. Rumah mertua adik saya sorang lagi kat Temerloh pun kena. Rumah tu tinggi, tapi air dah masuk pun sampai dlam rumah. Dorang la ni duk kat rumah jiran yang rumahnya kat area tinggi sikit. Adik saya duk rumah mertua sebab isterinya masih dalam pantang. Diharap dorang takde apa2 la..

Pastu kat kampung saya, Kemaman. Kat Paya Berenjut pun teruk jugak...
TAk seteruk tahun lepas..
Tahun lepas semua pak sedara, mak sedara dan para sepupu saya pindah ke pusat perlindungan sementara dan jalan nak ke luar pun terputus terus. Askar yang mai datang bawak makanan dan bantuan.
Tahun ni dorang tak pindah, cumaair naik sampai masuk dalam rumah...

Kat Kelantan lagi teruk.
Sampaikan sekolah tempat dorang berlindung time banjir pun naik air sampai tingkat 4..
Ada yang semua mangsa duk kat labour room kat sebuah hospital (tu tempat yang paling tinggi sekitar area tu) dan terperangkap 2 hari dan makanan pun dicatu..
Kalo  tengok kat fb tu ramai sangat yg terperangkap dan para penyelamat tak sempat nak uruskan semuanya kerana kelengkapan dan tenaga kerja yang terhad.
Kenapa belom diisyhtiharkan darurat lagi..?
Semua pun cuma nampak bumbung je.
Semoga semuanya selamat di sana dan bencana ni berlalu dengan cepat..

Saya rasa malu juga.
Apa yang mampu saya buat?
Cuma baca update dan share info.
Pastu sedih sorang2.. Kalo tengok gambar pun dah buat hati gundah gulana, apa lagi mereka yang terpaksa berdepan dengan musibah ni.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

Dan kepada yang nak menderma, kat sini saya paste beberapa badan kebajikan dan penyelamat yang memerlukan bantuan kewangan dari anda. Tak dapat bagi banyak, bagi la setakat yang kita mampu..









Kepada kita yang terlindung dari bencana ni, mari la kita sama2 berdoa agar usaha menyelamat ni berjalan lancar dan sahabat2 kita tu dilindungi dari musibah yang lebih teruk lagi..
JAngan lupa menderma, at least kita yang duk jauh ni contribute something for them..

Wassalam...



Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama