Can I go to Bollywood Film Exhibition.. Please...

Salam..

Korang tau tak ada exhibition perihal Bollywood film kat UM?
Last day pada 10 May ni..
Saya tau, dan nak sangat pergi, malangnya tak dapat pergi..
Beberapa kali jugak la saya suarakan hasrat hati ni, tapi negatif..T___T

Jauh satu hal (jauh ke, 4 jam je pun).
Dan Cik Abang tak lepaskan saya pegi sorang2
Pastu dia cakap, "bukan best pun"
Wah! Mencik mencik! :(

Mungkin ramai tak tau bahawa saya pernah dijangkiti wabak demam Bollywood.
Bertahun-tahun lamanya masih tak kebah2.
Semuanya bermula dengan filem Kuch Kuch Hota Hai..
Dan punca utamanya of course la Shah Rukh Khan..

Sekarang dah ok sikit..
Tapi kalo nampak Shah RUkh Khan terus tak ok balik..
Hahaha..

Rupa-rupanya demam Bollywood ni bukan saya je kena..
Ia macam wabak keturunan..
Mak saya demam Bollywood (atau zaman tu mereka masih panggil Bombay) pada era Amitabh Bachan dan nenek saya pun sama gak demam pada era yang lebih lama dari tu..
Era apa saya tak tau la..
Paling lama yang saya kenal ialah Raj Kapoor. Lama dari tu saya tak tau..

Yang saya tau masa kecik2, kalo pergi rumah nenek mesti tengah tengok citer Hindustan..
Pastu sampai nanges2 perempuan dalam rumah tu..
Hebat kan Bollywood!

Bila era Hritik Roshan muncul, Bollywood dah start tak best.
Ntah la.. maybe rupa pelakon2 tu dah tak macam India..
Pakaian pun tak macam India..
Life style pun tak macam India..

Nampak macam ciplak Hollywood..

Selain air mata; salah satu yang best tentang filem Bollywood ialah muzik dia..
Nak-nak kalo suara Udit Narayan..
Oh my gosh, terbuai-buai...

Tapi saya tak dapat pegi pameran tu..
Huwaaaaaa...


Naseb baek Sis Ayuni Rafilah snapkan gambar ni..
Dapat la jugak tengok walaupun hanya 1% dari keseluruhan pameran..
T______T

Naseb baek tu bukan bermaksud saya puas hati..
Saya tak puas hati tau..
Saya tak hepi..
:<

Malam tadi pun saya ada request sekali utk pegi exhibition ni..
Last request..
Malangnya jawapan masih sama..
Negatif..

Demi mengubati luka lara ini jom berjoget bersama saya
Ni adalah lagu yang saya dan housemate berjoget2 time penat study..
YA, kami berjoget beramai2 sambil tengok video ni..

Enjoy..

NI lagu yang kami menari kat tangga library malam-malam.
Haha..

Yang bawah ni pulak lagu yang muncul selepas abes belajar..
Kami tak menari lagu ni..
Tapi tarian dia cantik dan menarik

Yang ni pulak lagu yang sama versi Amitabh Bachan..
Yang versi Shah Rukh tu dah ubahsuai sikit..
Cuba la dengar.. Best..

Kepada yang tak tau..
Ni adalah lagu filem Don yang dibintangi oleh Amitabh Bachan..
Dan dorang re-make semual filem yang sama dan dibintangi oleh Shah Rukh..
Kalo tanya saya, versi Amitabh Bachan lagi best..
Hoho..

Okay,,
Nak sambung berduka lara jap.
:(

Wassalam...

4 Ulasan

  1. Alaaa.... mengapa Cik Abang tak bagi pergi... ni yang nak marah ni >:O

    BalasPadam
    Balasan
    1. :(

      Mungkin dia risau nak lepaskan saya sorang kan. Dia pun takleh ikot sbb keje..
      Apa laaaa naseeeeebb.. T___T

      Padam
  2. oh yeke ada exhibition ni...cm best je..esok cuti dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada sis.. Kalau lapang pegi la utk saya..
      Review dia bole tengok kat http://ayunirafilah.blogspot.com/2015/05/melayari-zaman-kegemilangan-bollywood.html

      Padam
Terbaru Lebih lama