Transcendence

Salam..

Good morning..
Paginya saya tulis blog..,
Takpe2 tulis je. Hahaha..

Sabtu dan Ahad lepas saya agak produktif dalam berkraf..
Kalau buat projek sendiri, semangat dia lain macam sikit..

Saya sambung projek crochet haritu (akan tulis entry lain mengenai ni..)
Dan juga start Projek Aulia (juga akan tulis entry lain mengenai ni..)

Semalam tengok Transcendence.
Citer tu memang dasyat..

Ia mengenai saintis yang dah nak mati, pastu isteri dan kawannya amik sistem otak dia masukkan dalam komputer (sebenarnya ada term lain, tapi saya tak ingat..)

Okay saya nak tulis ceritanya macam mana (spoiler).
Jadi kalo korang belom tengok citer tu dan nak tengok; sila skip semua tulisn berwarna pink ni demi menyelamatkan korang punya saspen tu..
Saya pun tak suka jugak orang bagi spoiler kat citer best yang belom saya tengok lagi..
Skip tau, jangan baca..
Nanti boleh tengok kat astro..

Lepas dia mati, komputer tu jadi dia..
Maksudnya jasad dia dah mati, tapi fikiran dia hidup dalam kmputer yang dorang bina..
Jadi dia boleh berkomukasi seolah-olah hidup..
Dan disebabkan dorang guna sistem AI; maka kebolehan otak dia takde limit..
MAksudnya komputer tu boleh berfikir seperti manusia; tapi sepantas komputer, takde penat, takde lapar, takde buat keje lain.. Dan ia berevolusi atau berkembang setiap masa tanpa limit..

Dan selepas dia diupload dalam internet, lagi la dia mengusai semua sistem dengan sepenuhnya..
Dia tukar jumlah wang dalam no akaun dia sesuka hati..
Beli properties dan tanah dan bina makmal yg besar sangat kat sebuah tempat yang gersang..
Kat situ dia buat macam2 jenis eksperimen dan akhirnya dapat menjana semula sel yang rosak.
Orang buta dapat nampak semula; orang dan nak mati pun sehat disebabkan sistem pemulihan sel tu.
Orang yang pulih tu semuanya kuat macam superman; tapi kerja angkat2 barang je la..
Dan semua orang yang pulih tu dimasukkan sesuatu dlm sistem badan orang tu supaya dia bole kawal pergerakan mereka..

Okay ni tahap spoiler paling tinggi..
Sila skip kalo taknak menyesal.. Jangan cakap saya tak bagi warning..

Taknak skip?
Taknak takpe, jangan salahkan saya tau.. :P

Kawan2 saintis ni akhirnya tau dan mereka nak serang serta shut down sistem tu sebelom ia menjadi mudarat kepada alam sejagat.
Lagipun mereka berpendapat, saintis yang dalam komputer tu bukan saintis tersebut.
Ia hanya sistem AI lain yang menggunakan imej saintis tersebut.

Satu hari kawan2 ni serang tempat tu tapi tak berhasil.
Sebabnya konco2 saintis tu kuat macam badang dan bila luka je terus pulih
LAst2 dorang berundur dulu..

Isteri saintis ni mula rasa yang dia dah melampaui batas.
Dan rasa takot dengan sistem yang dia bina ni..
Dia pun ke luar dr kawasan tu nk tenangkan diri tapi ditangkap oleh kawan2 dia.

Waktu ni, saintis berkomputer tu dan rebakkan sistem dia ni ke dalam air hujan..
JAdi mana2 tempat yang hujan dah dicemari dan akan masuk dalam mana2 sistem benda hidup dan benda bukan hidup.
Maksudnya kalo kita terminum air hujan tu (mesti la akan terminum kan; air paip pun berasal dari empangan yg kene hujan); maka sistem tu dh masuk dalam badan dan kalo saintis tu nak kawal kita buat apa2, bila2 masa je kita akan ikot..

Isteri saintisnya akhirnya bersetuju utk bekerjasama untuk menghapuskan saintis berkomputer tu sebelom keadaan menjadi lebih buruk..
KAwan saintis tu adalah orang yang create sistem tu pada awalnya (waktu saintis tu masih hidup tapi tengah sakit) jadi dia dapat create virus untuk rosakkan sistem saintis berkomputer tu..
Virus tu dimasukkan dalam badan isteri saintis tu supaya bila isteri tu diupload dalam sistem, virus tu akan merebak dan musnahkan keseluruhan saintis berkomputer tu.

Semasa isterinya pergi jumpa saintis tu, terkejut giler kau..
Jangan kata isterinya tu terkejut macma orang gila..
AKu pun terkejut macam beruk giler..

Saintis berkomputer tu dah cipta tubuh badan sendiri (melalui teknologi pemulihan sel yang dia kaji bertahun2 lamanya)
KAn saintis tu dah mati; tapi dia bina semula badan dia dari sel sehingga jadi tubuh badan yang sama seperti sebelom mati.
Time tengah romantik2 tu, dorang kene serang dan isterinya cedera..
Dia bawak masuk dan akhirnya upload isterinya dlam sistem..
Virus pun merebak...
Dan akhirnya mereka berdua betul2 mati..

Selepas mereka mati, baru la si kawna tu sedar bahawa sistem AI yang saintis tu cipta bukan bertujuan jahat seperti yang mereka sangkakan..
Saintis tu cuma nak memenuhi impian isteri tersayangnya..
Isterinya berimpian nak dunia ni pulih semula; maka saintis tu kaji punya kaji camana nak bagi dunia ni pulih dengan sendiri. Itu la kemuncak yang dia masukkan sistem dalam air hujan..
Supaya pokok, haiwan, tumbuhan, air semuanya pulih dengan sendiri kalo apa2 perkara buruk berlaku.
Sama seperti orang cedera pulih sendiri dan orang buta tu dapat melihat semula..

Di akhir cerita dia tunjuk kekesalan di wajah kawan saintis tu..
Takde sorang pun yang terbunuh dalam pergaduhan dasyat tu..
Semua yang cedera pulih seperti sediakala..
Bermakna saintis tu takde niat jahat walau sekecik habuk pun..
Dorang je yang takot tak tentu pasal..

Okay, kenapa saya kata citer ni dasyat?

Sebab apa yang saintis tu buat adalah sangat bertentangan dengan etika sains.
Sebelom ni banyak filem2 yang tunjukkan kesan buruk yang berlaku apabila manusia berjaya diklonkan, manusia di create dengan dna yang sempurna, mayat dihidupkan semula, penciptaan virus yang macam2, manusia cipta mesin pergi ke masa depan dan masa silam. Di akhir cerita, moralnya ialah semua benda hebat ni akan membawa mudarat. Itu adalah moral yang nak diberitahu..

Sebaliknya citer Transcendence ni; menunjukkan yang saintis tu buat benda betul, orang lain yang halang..
Padahal saintis tu langsung tak buat benda betul..
Walaupun saintis tu sangat bijak dan kacak (Johhny Depp tuuuuuu); perbuatan dia tetap salah..
Tapi di akhir citer tunjukkan yang kita bersalah kerana menghalang teknologi..

This is very wrong...

Mungkin ramai beranggapan, "ala, citer je pun.. Tak yah la serius sangat."

Ini bukan hanya citer, tapi salah satu bentuk brainwash yang terulung..

Tengok macam mana kita dididik menghormati ibu ayah dan orang tua..
Dan filem2 menyajikan watak2 cool yang menjerit2 marah kat mak ayah dan akhirnya mak dan aayah yg asyik2 bersalah..
Kanak2 buat prank kat orang dewasa dan berlaku biadap.
Remaja perempuan buat seks luar nikah tu perkara biasa..
Anak gay dan lesbian tu pun perkara biasa; kalau mak ayah tak terima, mak ayah yg freak dan kolot..
Lelaki dan perempuan tinggal serumah tanpa berkahwin sampai beranak 4 pun ok je..
Isteri berzina dengan suami orang , akhirnya citer tu cakap suaminya yang jahat kerana tak memahami..

Semua perkara diatas dah berjaya masuk ke dalam otak kita..
Kalo kita rasa benda tu menjijikkan; maka kita yang kolot..
Sapa yang tak pernah ada boifren dianggap pelik; padahal Islam tak ajar ada boifren.
Sekarang sapa yang tak letak gambar sebenarn kat FB dianggap pelik dan ada niat tak baik; padahal apa kewajipan letak gambar sebenar kat FB.
Kalo orang benci saya, dia bole crop muka saya tak letak kat badan bogel (super imposed kot namanya) dan sebarkan kat semua orang.
Kalo tak letak gambar sebenar, jauh lebih selamat..

Kini, filem mula nak tunjukkan perbuatan tak beretika ni adalah ok asalkan berniat baik..
Nope..
Semua orang berniat baik pada awalnya..
Kemudian dia akan mula tamak..
Dan kat situ la bermulanya keburukan..

Semakin banyak tengok filem, semakin dasyat konsep2 mereka..
Konsep yang dasyat ni dilakon kan oleh pelakon popular pujaan hati pulak tu..

Saya minta sangat2 korang baca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat.
Kerana ia adalah pelindung di akhir zaman..
Ni dah akhir zaman dah pun; cuma tunggu matahari terbit kot barat je..

In shaa Allah dengan mengamalkan surah ni, Allah akan pelihara hati kita dari kebatilan..
Kalo kene brainwash ke, terpengaruh ke, walaupun ilmu agama ni tak kuat nak berbahas; namun hati kita tetap dengan kebenaran..
Bila nak terima benda yang salah; rasa tak sedap hati je..
Bila terima benda betul, hati pun tenang..

Benda ni susah nak explain kerana hati kita Allah yang pegang..
JAdi kita mintak Allah pegang kemas2 hati ni walaupun selalu berbolak balik..
In shaa Allah..

p/s: Ermm.. sebenarnya nak citer benda lain, pegi citer benda lain pulak..
       Saya tulis dalam next entry ya..

p/s kedua : sori, macam panjang je entry ni..


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama