My First Gold Bar

Salam..

Yay! Akhirnya sampai..
Emas pertama setelah sekian lama menimba pengetahuan mengenai emas.

Hehe.. I gram je pun..
Sebenarnya ni emas yang kedua.
Emas pertama saya beli beberapa tahun lepas sejurus selepas loan peribadi approved.
Loan peribadi tu mula2 temankan kawan minta loan, pastu gatal tanya "saya layak dapat loan tak?"
Cek mek tu pun check dan katanya saya layak Rm6000.
Wow, terus setuju amik Rm5000.
Bodo kan...

Tolong jangan jadi bodo macam saya..
Pinjam 5K; bayar 8K..
Sia-sia je duit terbang..
Banyak riba yang dah saya terlibat.. :(

Lepas dapat loan ni, member saya kebetulan muncul dan tanya nak beli emas tak?
Banyak duit kan time tu, nak terus!
Dia tunjuk beberapa sampel cincin, gelang, loket..
Erm.. saya tak minat la barang kemas.. Mana2 pun tak kesah kot..
PAstu ternampak emas segiempat yang sangat seksi..
Sungguh memukau muka dia..

Saya grab yang tu. Paling kecik 10gram. Harga RM18XX.
Sekurang2nya selamat la sebahagian loan saya tu, yang lain tu lama2 mesti abes punya..

Setahun kemudian saya jualkan kembali sebab nak buat modal kawen..

Tamat la riwayat kisah saya dan emas pertama..

Selepas tu harga emas jatuh dan jatuh dan jatuh..
Time ni la paling best nak beli emas..
Paling rendah pernah nampak RM140 segram..

Tapi time tu asma-felt-box baru merangkak-rangkak.
Berhempas pulas pusing modal..
Loan pun bayar lambat sokmo..
Tak sempat nak kumpul duit beli emas, kan yang paling kecik 10gram.

Lama-lama malas nak kumpul dah. Cuma amik tau je

BAru-baru ni salah sorang customer saya promote emas, dan yang paling kecik ialah 1 gram
Aik, dah ada 1 gram?
Cam tak caya je..
NAmpak sangat dah tak amik tau pasal emas lagi

Kalo nak lagi kecik ada 0.5 gram, dalam bentuk gold coin
Yg tu Rm100 sekeping.
Gold bar 1gram tu RM185 sekeping.

Alang-alang dah jumpa ni, amik dulu 1 gram..
Lagipun nak tau juga camana rupa 1 gram ni..
Mesti nipis do'oh.. XD

Sesampainya emas ni di tangan saya tunjukkan kat FB..
Tunjuk tu nak bagitau famili and friends bahawa ada emas yang kecik sangat dengan harga mampu milik. 
Tak tau la kalo2 ada yang fikir saya nak menunjuk2 (ada yang msg ayat ni menyindir2)

Emas ni Rm180 je pun.. Nak menunjuk apa?
Kalo nak menunjuk, better la saya tunjuk bilik felt saya tu. Dalam tu saja dah lebih Rm10ribu nilainya.. 
Tak berbaloi pulak nak menunjuk2 dengan emas seto'it ni..

Saya nak bagitau ada emas kecik macam ni, tak perlu tunggu 10 gram.
Adoi, mesej not delivered la untuk orang yang negative thinking ni..

Ada juga rakan yang minta saya hati-hati kerana ada kes emas sontot..
Saya ada baca juga pasal emas sontot tu.
Sefaham saya, mangsa akan buat bayaran emas, tapi emas tu dipajakkan.
Kemudian saya tak faham (sebab tak pernah pergi pajak gadai-tak tau apa2 tentang tu)
Last-last mangsa tebus dan duit yang dapat balik tu sangat kurang berbanding nilai asal

Naseb baek saya cuma beli emas je..
Beli emas ni untuk simpan bertahun-tahun..
Sama macam korang yang simpan duit dalam kwsp, nanti bersara dapat keluarkan wang tu semula untuk meneruskan sisa-sisa hidup..
Saya takde kwsp, simpan emas ni boleh dianggap sebagai kwsp saya..

Kalo korang nak beli emas seto'it macam ni bole whatsapp saya kat 0183798330
Harga harini RM100 utk 0.5gram gold coin; dan RM185 utk 1gram gold bar.
Yang besar pun ada juga.. 
Apa-apa hal whatsapp tau..

Wassalam...



2 Ulasan

  1. kalau yang tak suka barang kemas macam rantai , cincin dll, eloklah beli emas keping macam ni..

    jangan lah cakap diri sendiri bodoh...
    atleast, belajar dari pengalaman...
    n dapat bagi info kat orang lain...
    kalau ulang silap benda yang sama, tu baru bodoh... hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Mekasih krn megingatkan saya. Sepatutnya tak perlu buat loan kalo tak perlu, tp bila perlu loan tak approved pulak. Huhu.. TwT

      Padam
Terbaru Lebih lama