Eid Mubarak

Salam...

Ramadhan sudah pun meninggalkan kita untuk tahun ni.
Pasti ramai yang dah berada di kampung masing2, dan ada yang on the way..

Saya pula..

Tahun ni , untuk pertama kalinya dalam sejarah hidup saya, tak balik raya..
Huwaaaaa...

Sebelom kawen memang dah bersedia dah , sebab pekerjaan Cik Abang tak begitu flexible.
Lagi pula tahun pertama dan kedua, abang dapat cuti raya yang panjang la jugak.
Tahun ni, bagi ruang kat kawan2 lain pulak balik raya.
Give and take kan..

Walaupun saya dah bersedia menghadapi kemungkinan ni, tapi makin dekat nak raya, makin membuak-buak rindu dendam sedih pilu di hati ini..
*sob sob*
Apa lagi bila tengok gambar anak2 buah.
Dan dapat tau dorang keluar pi cari baju raya..

Waaa.. rindunya suasana itu..

Pagi raya nanti masak nasik minyak.
Request dari Cik Abang.. Mungkin dah lama kan tak makan nasik minyak..
Kat Kuantan, nasik minyak tu memang breakfast yang sangat biasa..
MAna2 gerai pun ada jual..
Sejak dewasa ni, dah jarang pulak rasa nasik minyak..
Ni pun first time nak masak nasik minyak.. Resepi google je.. Hehehe..

Pastu kami akan keluar gi tengok wayang..
Saya ingat nak tengok wayang sepanjang hari, tapi tengok budi bicara Cik Abang la..
Takot dia boring pulak..

Cam teruk kan, tak bertandnag pun ke rumah orang..
Memang taknak pun..
Hati ni sedih sangat.. Nak elakkan diri merasa suasana raya supaya tak teringat2 dan rindu2 kat famili kat Kuantan tu..
KArang pegi umah orang makan tart nenas, teringat rumah saudara..
Tengok org pakai cantek2, langsir baru, kusyen baru, bersongkok bersampin, bagi2 duit raya, bersalam-salaman; tengok citer raya..
Bau suasana tu akan buat saya teringatkan kampung dan rasa sedih dan rindu...

Takmo sedih..
Penat dah bersedih seumur hidup..
Maka nak distract fikiran saya takmo pikir pasal raya..
Pikir pasal raya kerana berjaya menjalani bulan Ramadhan dengan markah cukup2 lulus..
Tu dah memadai utk tahun ni..

Yang paling penting, tangan ni tak dapat salam dan cium tangan kedua ibu bapa saya..
JAdi saya taknak bagi salam tangan orang lain..
Salam suami je tahun ni...

Pendek kata, taknak sambut raya la.. Senang citer..
Panjang je bebel, padahal bole conclude dengan satu sentence je..
Ngehehe..

Di kesempatan ni saya dengan rendah hati ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidildifitri.
Semoga ibadah kita sepanjang Ramadhan ini diterima dan diredhai Allah..
Semoga dapat la kita keberkatan di malam lailatuqadar tahun ni..


Terima la kad raya yang tak seberapa dari saya ni..
Kad raya alam maya je la yer..

NAk tempah kad haritu dan terlewat, lepas raya baru akan sampai..
Pasni kene tempah seawal Rejab..
Biar la orang gelak ke apa, janji rock..

Selamat Hari Raya semua..
I love you..

Muah!

Wassalam...

2 Ulasan

Terbaru Lebih lama