Search This Blog

18/09/2015

Tutorial : Alat Memasukkan Benang ke dalam Lubang Jarum yang Mudah

Salam..

Korang dah dapatkan alat ni kat asma-felt-box.com?
Alat apa ni?



Alat ni ialah cara mudah untuk korang untuk memasukkan benang ke dalam lubang jarum tanpa perlu terlalu fokus mata dan jari..
Amat sesuai untuk orang yang rabun dan juga yang berusia...
Ibu saya seorang tailor yang hebat..
La ni kalo jahit waktu malam, ibu perlu bantuan adik bongsu saya memasukkan benang ke dalam jarum, sama ada untuk jahitan tangan ataupun jahit mesin..

Dengan menggunakan alat ni, kerja menjahit jadi lebih mudah untuk kita yang rabun ni..

Camana nak guna..?

Jom saya tunjukkan tutorial cara menggunakan alat memasukkan benang ke dalam lubang jarum

Ada 2 cara nak guna alat ni..
Untuk jarum jahitan tangan
Dan juga untuk jarum mesin jahit

Okay, saya tunjukkan cara pertama ya..

Alat tu rupa dia camni...

Korang amik dia dan pegang macam ni..
Tak kisah nak guna tangan kiri atau kanan,
Atau pusing sebelah satu lagi..
Asalkan selesa

Saya perlu buat macam gini sebab nak amik gambo..


Jom kita fokus kat sebelah atas kejap..

Nampak tak lubang atas sebelah kiri tu?
Masukkan jarum (bahagian yg ada dlubang) ke dalam lubang ni..
PAstikan lubang tu di bahagian sisi (kiri kanan)

Macam ni..

Dengan menggunakan jari telunjuk, 
tekan bahagian yang kaler hijau yang terletak betul2 kat jari telunjuk tu...

Macam ni..
Pastu nampak kan ada cangkuk terkeluar kat sebelah  kiri tu..

Sangkutkan benang kat cangkuk tu..
Sambil pegang benang (untuk pastikan dia tersangkut kemas - saya tak bole pegang benang tu sebab nak amik gambo) korang release tekananan bahagian hijau pada jari telunjuk tu..

Macam ni..

Benang tu akan termasuk sekali ke dalam alat dan juga lubang jarum tu..
Sekarang nak buat apa?

Keluarkan jarum tu daru lubang tersebut 
Dan secara automatik benangnya tersangkut sekali..
Yippi!!

Okay, dah boleh potong benang tu..

***********************************************************

Sekarang saya nak tunjukkan pula cara kedua guna alat ni..
Cara ni sesuai utk mesin jahit
Dan juga sesuai utk jahitan tangan..

Dalam tutorial ni saya guna jarum jahitan tangan tau..
Korang andaikan jarum tu jarum mesin jahit ya..

Kali ni kita guna bahagian bawah alat ni..


Bahagian ni kan..
Buka dia supaya jadi macma gambar kat bawah tu..

Okay nampak tak cangkuk tu?
Sekarang, masukkan cangkuk tu ke dalam lubang jarum mesin jahit
(andaikan jarum mesin jahit tu dah terpasang pada mesin jahit)

MAsukkan macam ni..
Sekarang, sangkut benang kat cangkuk tu kemas2..

MAcam ni..
Sekarang nak buat apa?

Keluarkan cangkuk tu dari lubang jarum..
(Dalam gambar ni, saya keluarkan jarum dari cangkuk)

Siap!!
Dah bole guna..

Senang kan...
Joma dapatkan sebiji.
Hargar pun murah je.,.
HANYA SERINGGIT!
Memang berbaloi..


Selamat Menjahit!!


No comments:

Post a Comment