x___x

Salam..

Saya ada terbaca satu komen kat facebook sahabat saya, dia minta sahabat saya bagi link blog..
Selepas link blog tu diberi, dia jawab "TQ, tapi bukan reti sangat nak layan blog ni. Apa2 pun TQ"

Tersentak saya baca komen tu...

Pertama, dia minta bagi blog (walhal kalo search je kat google nama sahabat tu, terus jumpa blog nya). Lepas dah diberi, selamba je cakap "TAPI bukan reti sangat layan blog ni. Apa2 pun TQ." Amboi, macam sahabat tu yang terkedek2 nak bagi padahal dia yang mintak. Very rude!
Macam orang minta resepi, lepas diberi bole pulak cakap, "saya bukannya memasak pun, apapun TQ." Diva kau...

Kedua, tak reti layan blog?
*????*
Apa maksudnya tu..
Blog ialah satu paparan kat internet yang ada perkataan dan gambar.
Caranya cuma baca je la perkataan dan tengok je la gambar tu..
Nak layan apanya?
Takkan tak reti... Aiyooo..

Disebabkan nak bersangka baik, saya anggap budak tu baru berusia 2 tahun  yang memang tak paham apa2 lagi..

Saya pernah buat GA dan sesiapa nak menyertai cuma tulis komen kat bawah, nanti saya buat cabutan..
Pastu dapat komen tulis; "Wah, nak join.. Tapi saya takde blog.. :( "

Erm...
Rasa nak mencarut je..
Bila masa pulak GA tu suruh ada blog..
Kan suruh komen je kat bawah ni.. x__x

Saya paham rakyat Malaysia TAK GEMAR MEMBACA
Tapi tak sangka pulak ada antara mereka yang TAK BOLEH MEMBACA

PAling best bila ada yang hantar gambar kat whatsapp yang dalam gambar tu ada tulis RM13/100pcs.
Pastu dia tanya "Brape harga?"

x____x

Kalau ianya adalah karangan 10 mukasurat dan awak terlepas pandang harga tu, saya faham sangat.
Tapi kalau ianya sekeping gambar dan ada beberapa huruf yang tulis harga; pastu pegi tanya harga lagi; saya tak dapat faham bagaimana otaknya berfungsi..

Sangat menyedihkan...

Memang kita ni bukan bangsa yang teliti ke..?
Rasanya nak detect perkataan dalam sekeping gambar tak memerlukan tahap ketelitian yang tinggi..
Atau kita ni adalah bangsa yang sambil lewa..?
Atau kita ni memang low class punya orang...?
Sebagai majikan, nak ke kita amik orang macam ni bekerja?

Wassalam...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama