Check Website Speed

Salam..

Saya dapat beberapa komplen yang berterusan juga la yang memberitahu bahawa:

"tak dapat buka website tu"

"tak dapat buka. Line slow"

"Dari tadi buka tak dapat-dapat"

Apa yang tak dapat buka tu?

Itu merujuk kepada website saya yakni : asma-felt-box.com dimana saya masukkan semua bahan-bahan kraf berserta dengan saiz, warna, harga dan secara automatik akan kirakan berapa jumlah harga barang-barang yang korang pilih dan akhirnya ia kirakan sekali kos pos..

Setiap kali orang komplen, saya pun terus buka..
Hmm.. dapat je..
Kat laptop dapat, kat tab dapat, kat phone dapat, kat tv je tak dapat-dapat (memang ler..)

Saya pun tertanya-tanya jugak apa masalahnya ni..

Baru-baru ni baru la saya free sikit dan godek-godek kenapa orang kata shop saya slow..
Pastu terjumpa satu website yang bole periksa kelajuan website kita tu..
Tak kesah la, website ke blog ke, shopping cart ke, asalkan ada domain name (.com ; .com.my ; .gov dll); semua bole check..

Ini ialah website speed saya pada ketika itu (yg kata slow tu)

MAsalahnya saya tak paham apa bendanya ni..
Hahaha..
Konon-konon nak check tapi tak faham..

Tapi takpe, saya kan self-learner..
Kita cuba la ya.. Nak tanya orang pun, takde yang faham juga..

Pastu saya adjust sikit website tu..
Sikit je saja-saja nak test..
Buang tab sebelah kiri tu.
Pastu limit 8 item je kat muka surat depan..
Pastu check sekali lagi..

Wooo..
Nampak tak beza dia?
Saya cuma tengok kat load time tu je..

Dari 15 saat kepada 3 saat je..
Banyak juga beza tu kan..

Cer korang tengok, dapat buka ke tak:


Sila bagi feedback ya.. ^___^

Nak check juga korang punya website punya speed (tunggang langgang ayat)
Klik kat sini :


pastu masukkan url korang.
Blog pun bole..

Nanti dia keluarkan semua report.
Pandai-pandai la korang fahamkan..
Saya memang tak paham; cuma faham load time tu je..
Huhuhuhu..

Semoga perbezaan speed yang ketara ni dapat memudahkan korang akses ke website saya tu..
Mekasih kepada korang yang komplen..
Kalo takde korang, saya pun tak tau nak improve kat mana.. :>

Sebagai bonus, meh saya kongsikan sikit beberapa tips untuk meningkatkan website speed atau dalam bahasa yang lebih mudah, nak buat website kita ringan jadi cepat la loading bila orang klik..

1. Background jangan gelap dan jangan banyak warna. Yang terbaik ialah putih atau warna pucat atau orang putih sebut pastel. Yg background hitam tu lagi lama nak loading biasanya..

2. Jangan banyak gambar, lagu dan video 

3. Jangan banyak widget terutama yang bergerak (animation) cthnya cursor yg ada love2 gerak ikot dia; ada rama-rama berterbangan kat skrin dsb.

4. Jangan banyak iklan

Tu je la 3 perkara yang saya buat..
Sebenarnya banyak lagi yang korang boleh search kat Encik Google Kacak yang saya tak praktikkan kerana agak teknikal dan saya sendiri tak faham mana nak buat..
Tapi kan, buat benda 3 ni pun dah cukup ringan tau..
Buat je dulu k..

Owh, dan saya terbaca Google tukar setting lagi..
Mana-mana site yang banyak orang keluar degan cepat (contohnya, baru je buka terus tekan back; baru buka 3 saat terus pangkah) Encik Google akan tarik website tu ke belakang-belakang. Jadi bila orang search, website korang akan duduk kat page ke 10 kat Google Search.

Oleh itu, sangat penting untuk pastikan site korang tu loading cepat..
janagn sampai orang boring dan tekan back cepat-cepat...

Orait, nak sambung keje dulu..
Bye bye.. ^_^

Wassalam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama