Pos Heat Transfer Paper menggunakan Pos Ekspress

Salam...

BAru-baru ni saya terima aduan bahawa Heat Transfer Paper tu renyuk bila sampai kat tuannya..
Terima kasih sebab bagitau..

Mungkin packet tu dah dilipat masa dalam proses delivery...
Walaupun dah masuk dalam envelope, tapi ia masih bole dilipat..

Untuk mengelakkan masalah kembali berulang, korang boleh request transfer paper tu dipos berasingan menggunakan pos ekspress..

Kos dia bertambah la sket, tapi kertas tu akan terpelihara...
Pos ekspress tu dah ada envelope tebal khas untuk dokumen; konfirm poslaju tak akan dilipat..

Kat website saya dah tambahkan option tersebut..


Penerangan bagi setiap option tu boleh tahan jugak la panjang lebau dia..
Supaya tak terkeliru..

Korang bole pos sekali dengan barang2 lain...

Dan bole pos berasingan menggunakan pos ekspress...

Terpulang pada penilaian masing2..
Sepanjang saya pos kertas transfer ni, ni 1st time dapat komplen pasal renyuk..
Yang lain takde komplen..
Tak pasti sama ada semuanya ok, atau dorang pilih untuk tak nak komplen walaupun renyuk..
Mungkin juga cara handling di kawasan masing2 tak sama..

Apapun, saya suka orang komplen, supaya boleh buat penambahbaikan..
Kebanyakan upgrading yang saya buat ialah atas komplen para pelanggan juga..

Terima kasih tau..
Ada apa2 nak komplen bagitau je ya..
Tak komplen, saya tak tahu elok ke tak elok servis yang saya tawarkan selama ini..

Mekasih korang..
Muah!

Wassalam...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama