Dust Plug Craft Ideas

Salam..

Adakah korang mengalami mimpi ngeri akibat melihat dust plug semalam?
Usah begitu...

Jom saya tunjukkan hubungkait antara kraf dan dust plug..
Mari kita saksikan...

Saya figure out 3 cara dengan bahan kraf yang ada kat umah saya..
Sebenarnya ada pelbagai cara lagi tau..
Ini ialah cara  yang saya mampu.. T___T

Ni paling novel la bagi saya..
Sebab saya tak pernah buat kraf manik ni..
Tu pun duk pening camana nak buat..
Tengok ada beads huruf dan teringan hari guru, dan dan tu je terpikir nak buat ni..

Cuma masukkan tali kat dust plug dan teruskan masuk manik ikot suka hati uollss..
Bila sampai hujung aku terus tak tau nak buat apa..
Ikat je la..
Sila abaikan hujung dia tu ya..
Tak tau camana nak sorok..
XD

Hari guru dah dekat kan..
Korang buat la bagi kat cikgu..

Bukan hari guru je, semua hari pun bole..
Asalkan ada benda nak dieja..
Nama, quote, wish dll
Jangan buat cerpen pulak tau..
Huhuhu..

Yang ni memang favorite saya sejak 5 tahun lepas..
Bentuk heart ni mmg takleh lepas dari asma-felt-box..
Yang ni saya cuma guna hp straps dan tambah jump ring kat hujung..
Very simple and veru kiyut baq hang..

Last but not least..
Pixel craft bentuk disket..
Yang  ni cuma sangkut kat ball chain dan siap!
Wah, senangnya..
Cam tak caya dia punya senang..

Macam saya cakap tadi, ada banyak cara untuk connect kraf pada dust plug ni..
Cuma perlukan creativity..
Ada crafter yang buat kraf yang complicated dan memang lawa giler..
Ada juga yang buat simple2 (cam saya la.. Suka simple2..)

Jom dapatkan dust plug kat asma-felt-box.com
Dia kat kategori keychain & hp strap
Dan duduk kat bawah2..

Selamat Berkraf!

Wassalam..

No comments:

Post a Comment