Craft Tutorial : Cara Buat Charm dari Plastic Shrink

Salam...

Tak lama dah nak raya kan..
Kitorang tak balik raya, lepas raya nanti baru balik.
Sob.. sob...

Raya kali ni saya nak pakai DIY jewellery.
Fikir punya fikir akhirnya saya buat loket dinosaur dari Plastic Shrink
Mula-mula nak buat Pusheen, tapi warna kelabu tak ada.
Pastu ternampak pula dinosaur yang kiyut ni.

Nak tau cara buat kraf dengan plastic shrink?
Senang je.

Mula-mula lukis gambar kat atas plastik tu.
Memandang tak pandai melukis, saya tekap je gambar tu.
Pastu warnakan kat dalam tu.
Untuk projek ni saya guna Sharpie.

Selepas siap warna saya potong sekeliling gambar tersebut dengan gunting.

Kemudian tebukkan dengan penebuk kertas biasa.

Selepas tu letak kat atas kertas timah dan masukkan dalam oven yang panas.
Sekejap je, tak sampai setengah minit.

Lepas dia berhenti mengecut, keluarkan dan tindih dengan benda yang leper seperti buku untuk pastikan dia tak mencembung.

Lepas tu gantung kat rantai.

Siap!

Cepat giler projek ni.
Giler pun tak cepat camni taw.

Namun hasilnya tak berapa lawa la..
Sedihnya..
Malang betul jadi orang yang tak pandai melukis dan tak pandai mewarna ni.. T__T



Kalo korang tak dapat bayangkan steps dia camana, bole tengok video ni.
Seminit lebih sikit je durasinya.

Yang tak sure camana nak bakar, dalam video ni saya ada tunjukkan.
Tapi wajib buat lagi comel tau..

Plastic shrink tu boleh dapatkan kat SINI

Syok pula tengok plastik tu mengecut tadi,
Nak buat gelang la pulak.
Nak buat gelang design apa agaknya ek..

Wassalam..

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama