Craft Supply Baru : Butang Bulat 20mm 4 Lubang

Salam

Hai..
Nampak cam lain tak..

A'ah, betul tu.. Saya mekap blog lagi..
Ntah la..
Saya pun tak tau bila saya akan puas hati dengan template blog ni..

Mungkin template ni free kan, jadi tak boleh nak tukar-tukar warna, font, saiz sesuka hati.
Rasa macam terkongkong je..

Template sebelum ni kemas, cuma saiz dia besar-besar.
Nampak macam crowded di mata saya.

Harap-harap saya mampu bertahan hingga tahun depan baru tukar template baru lagi..

Orait..

Harini nak cakap pasal apa agaknya..?

Ya, betul tu..
Barang baru lagi.
Yay!

Kali ni butang bulat 20mm empat lubang 

comel tak..
Saya tak bole elakkan diri saya dari mencintai butang..
Saya suka sangat butang..
Kalau nak diikutkan saya nak borong semua jenis butang yang ada dalam dunia ni dan jadikan koleksi butang di ASMA-FELT-BOX.

Namun wang tidak mahu memberi kerjasama.. T___T
Kan best kalau wang tu tumbuh dari pokok..
Senang la petik dan borong butang banyak-banyak..

Okay, dah la.. Merepek je..

Butang bulat 20mm 4 lubang ni mixed colour..
Diperbuat dari plastik.

Harganya RM1.70 sepaket.
Sepaket ada 10 biji. 
Warna mixed

Nak order?
Boleh boleh..

Terus order kat website atau whatsapp 018-379 8330
Waktu urusniaga 11pagi hingga 4 petang. Isnin hingga Jumaat.
Sabtu dan Ahad cuti.

4 petang saya pos barang.
5 petang hingga 12 malam saya siapkan order handmade.
6 pagi hingga 11pagi saya sambung order handmade atau update blog, website dan media social.

Bulan lepas saya balik kampung atas urusan peribadi.
Lama juga la dalam 3 minggu.
Barang dipos seperti biasa, cuma saya je yang tak ada.

Bila balik semula ke bilik kraf, rasa malas betul nak start bekerja.
Semoga minggu ni rajin dan dapat bereskan semua kerja yang terbengkalai.

Chaiyuk! Chaiyuk!

Wassalam..

2 Ulasan

Terbaru Lebih lama