Crochet Octopus

Salam..

Ingat tak projek Amigurumi Sleeping Baby yang saya ceritakan haritu?
Okay, tak siap pun...
Hahaha..

Lepas dah beli benang cream, tetiba mood nak sambung tu hilang pula..
Untuk mengembalikan mood, saya buat projek kecil yang nampak macam senang je..

Crochet Octopus!
Crochet Octopus
Crochet Octopus
Senang?

Perghhh...
Nampak je macam senang..
Susah tau..

Terutama masa buat tentacle dan sambungkan tentacle tu ke badan..
Pening kejap...
Lama pula tu nak siapkan kakinya... 😫😫😫

Yang paling kelakar kan, nak tau apa..?
Saya pergi buat 9 tentacles pulak dah..
Padahal 8 je..

Dah siap semua baru perasan ada 9 rupanya..
Patut la pening masa nak sambungkan kaki tu..

Haha..
Tak pasal2 jadi octopus alien.. 😂

Mata tu nampak macam tak kena je kan..
Mata tu sepatutnya guna brads, baru cantik..
Tapi stok brads dah habis..
Jadi saya guna wiggle eyes, potong dia dan amik yang warna hitam je..
Okay juga macam ni kan...

Cuma nampak kurang cute.
Kalau guna mata brads tu cute sikit..
Mungkin mata brads tu bentuk dia cembung, nampak macam hidup je..
Mata ni leper, seolah2 takde soul (memang takde pun. Haha)

Apapun, brads 5mm tu dah restock tau..
BAru hari Jumaat lepas dah sampai..
Korang bole dah nak drop order.

Cuma brads 8mm belom sampai..
Harap2 sampai minggu ni..

Ada yang tanya sama ada saya jual benang mengait ni..
Maaf, saya tak jual benang kait.
Benang ni saya beli kat kedai alat jahitan dekat-dekat sini je..

Try juga ushar-ushar pemborong benang kait, belom jumpa lagi...
Kalau ada pun, harga borongnya tak berpadanan, tambahan lagi banyak warna nak kena borong..

Benang kait ni pun ada banyak jenis; banyak warna pula tu..
Saya tak tau nak amik yang mana satu..

Satu lagu yang takutnya bila dah start jual benang kait ni, kemudian otai-otai crochet tanya detail pasal benang, saya pula tak pandai nak jawab.
Nampak la tak profesional kat situ kan..
Malu la nama saya nanti.. T__T

Erm..
Teringat pula haritu masa saya buka booth dan jualkan produk kawan-kawan crafter (time tu saya tak pernah ber-crochet lagi), ada la sorang makcik tu amik sepaket produk crochet dan tanya, "ini stokin baby ke?"
Saya tengok dan nampak beanie (topi baby); saya pun bagitau dia, "ini beanie, topi baby."

Makcik tu belek-belek lagi dan tunjuk, "ini stokin la."
Saya tengok balik dan nampak ada sepasang stokin di sebalik beanie tu..
La.. satu set dengan stokin ke...?
Dalam consignment note tu dia tulis beanie sahaja, tak perasan pula sekali dengan stokin.

Saya pun tergelak kecil lagi comel dan berkata dengan senyuman paling manis dalam dunia,"A'ah la. Ada sekali stokin.."
Makcik pun pun tersenyum sinis (dengan muka macam "aku lagi pandai pada kau") terhadap saya seraya berkata, "orang baru ya..?"
Saya tak jawab pun..
Whatever la makcik..

Itu la sebabnya saya malas nak jual barang-barang yang saya tak berapa tahu..
Crochet ni pun saya masih merangkak-rangkak lagi, sekali ada orang minta buat tutorial; mampos aku.. Hahaha...

Pastu nanti ada la makcik sinis komen; "kenapa kekok je. Orang baru ya..?"
Ya ya.. Orang baru..
Tak boleh ke orang baru nak kongsi ilmu yang secubit garam ni..

Okay la..
Nanti kalau ada rezeki dan peluang, saya cuba borong dan tambahkan dalam kedai ya..
Doakan saya tau..

Wassalam...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama