Guy Crocheter : Siapa kata Lelaki tak Mengait?

Salam...

Siapa kata lelaki tak mengait?

Haaa... Tengok ni..

A post shared by Thiago Rezende (@homemnaagulha) on

Perghh!
Sikit punya laju lagi dia mengait..
Saya pun 10 kali ganda lebih slow dari ni... 😵😵😵

Kadang-kadang saya rasa fed-up gak mengait ni.
Sakit la jari-jari...
Tak tau la sama ada saya pegang jarum tu kuat sangat ke, atau memang saya ni keras tangan.

Kadang-kadang rasa malas dah la nak mengait.
MUngkin mengait ni hanya untuk wanita feminin yang jiwa penuh keibuan..
Berbeza dengan saya yang lebih sifat maskulinnya..

Namun begitu, lepas tengok Instagram Homemnaagulha ni, terus bersemangat kembali!

Comel-comel hasil crochet beliau.
Geram je tengok.

Kalau lelaki sado lagi maskulin macam tu pun boleh mengait dengan jayanya..
Kenapa saya tak bole?
Mesti la boleh kan.. Betul tak.

Cuma saya belum cukup tekun lagi..
Kena tekun lebih-lebih lagi lepas ni Asma.
Kena berlatih banyak-banyak lagi ni..
Chaiyuk! Chaiyuk!

Lepas penat mengait, pegi gym kejap.

Rasa terinspirasi sangat tengok dia.
Orang putih memang macam ni kan..
Dorang bangga jadi diri sendiri, orang sekeliling mereka sangat supportive.

Saya ni bila orang tau belajar mengait, ada juga yang pandang semacam dan berkata..
"Mengait? Itu bukan hobi nenek-nenek ke..?

Aiyooooo...
Kesiannya saya..
Dah jadi nenek ke rupanya.. T__T

Selain dari dia, ada sorang lagi crocheter lelaki yang saya jumpa di instagram.

A post shared by Vincent Green-Hite (@knot.bad) on
Buat apa tu hensem..?

Knot.Bad ni crocheter lelaki pertama yang saya jumpa.
Dia suka buat amigurumi pokemon..
Cantik-cantik pula tu..
Pastu dia suka amik gambar dengan sangat kreatif bersama-sama dengan hasil amigurumi yang dia kait sendiri..

Hebat betul!

Jelous la tengok dorang ni..
Benda-benda yang simple pun boleh jadi kreatif sekreatif kreatifnya bila kena gaya.

Saya pun nak juga jadi kreatif macam tu.
Tapi saya tak cukup kreatif, cuma tahap biasa-biasa je..
Tahap manusia normal; tak lebih, tak kurang.

Tiap kali rasa kurang semangat, saya suka belek-belek ig mereka berdua..
Sedikit sebanyak aura tu diserap ke dalam diri ni, lalu bersemangat semula nak berkreatif.

Korang kenal tak mana-mana lelaki yang mengait?

Wassalam..

No comments:

Post a Comment