Kenapa Saya Suka Felt Craft

Salam..

Dah dah masuk tahun ke-8 saya berkecimpung dengan felt craft.
Tak sangka boleh bertahan selama ni (takde la lama sangat pun..)

Dari felt craft, perlahan-lahan try pixel craft dan kemudian shrink craft.
Shrink craft best tau, malangnya saya tak pandai melukis..
Banyak la hasil yang tak sedap mata memandang.
Itu menyebabkan saya try belajar melukis, tapi tak pandai juga.
Hahaha...

Kenapa saya suka felt craft?

Pertama sekali saya jatuh cinta dengan kain felt ni apabila tengok saya tak perlu fikir tentang basi jahitan!

Oh my God!
Teruja giler time tu..

Semasa belajar menjahit dengan ibu, banyak kali sangat saya tersilap kira basi jahitan..
Tak tahu la kat mana silapnya..
Ukur tu betul dah, siap buat garisan lagi, tapi bila dah jahit tak jadi ukuran yang kita nak.
Terkecik la, terbesar la..
Nak tetas balik..?
Malas aku!

Dengan felt craft, kalau saya nak benda tu saiz 10x10; potong la 10x10, akhirnya akan jadi 10x10 juga.
Itu la yang buat saya gembira sangat.

Pendek kata, kalau saya imagine rupa dia macam gitu; hassilnya akan jadi macam gitu..
Kalau tersilap pun, boleh gostan cepat sebelum terlambat.

Sebab yang kedua ialah colourful!

Kalau diikutkan felt ni ada sampai beratus-ratus warna.
Saya cuma guna 30 warna polyester dan 25 warna acrylic.
Itu pun bukan semua guna..

Matching-matching warna tanah dan warna corak ni satu terapi.
Termasuk la matching warna benang lagi.
Huhuhu...
Habiskan masa berjam-jam matching pun tak apa..
Rasa macam hilang masalah dunia dan dapat tidur dengan aman..

Sebab yang ketiga ialah from nothing to something

Maksudnya daripada sekeping berubah menjadi apa sahaja bentuk yang kita kehendaki.

Sebenarnya semua jenis craft pun kita buat from nothing to something.
Tanah liat, kain pasang, kertas, barang recycle dan sebagainya.
Cuma rasa excited semacam je bila dapat guna kain felt yang sekecil 5x5cm yang boleh dibuang tu menjadi sesuatu yang berguna.
Contohnya ubah jadi brooch jadi bookmark, jadi daun-daun kecil kat bantal, jadi bintang-bintang kat diary.
Pendek kata asalkan kita creative, ita boleh ubah apa saja from nothing to something!

Sebab yang keempat ialah affordable (mampu milik).

Untuk start buat felt craft ni, at least yang kita perlukan ialah:

  1. 10 warna felt saiz A4 : RM11
  2. Gunting : RM1
  3. 5 warna benang : RM4.25
  4. Jarum jahit : RM0.80
Jumlah : RM17.05 + RM7.20 (poslaju)

Dengan hanya nilai ini kita boleh buat dalam 5-20 jenis benda.
Kalau buat bekas phone dah dapat 5 biji.
Kalau buat bookmark boleh dapat 20 biji

Tak affordable ke harga tu..?

Dari situ, perlahan-lahan kreativiti kita meningkat.
Nak buat brooch, cari brooch dan butang.
Nak buat keychain, cari keychain dan poly-fiber.
Nak buat kawaii karakter, cari brads atau safety eyes.

Pendek kata, siapa-siapa pun mampu nak jadikan felt craft ni sebagai hobi

Sebab yang kelima ialah dapat jana pendapatan.

Semasa saya start jual felt craft ni pun suka-suka je.
Dah buat banyak keychain, tak dapat nak guna semua jadi jual la..
Lagi banyak terjual, lagi banyak benda baru saya boleh buat.

Ingat lagi semasa yang buka booth kat Kuantan dulu tu, organizer tu cakap apa kat saya?
"Asma jual benda mengarut ni pun laku ke.?"
Sakit hati tapi senyum je la..

Walaupun jualan tidak begitu memberangsangkan; tapi tempahan cukup memberangsangkan sampai tak sempat nak buat barang baru untuk display setiap minggu.
Maksud saya, pengunjung yang tengok bantal felt tu tak beli pun bantal tu, tapi dorang request bantal design lain; next week dorang datang amik.
Jadi nampak macam tak bergerak pun barang-barang kat atas meja saya tu..
Itu la agaknya organizer berusaha nak halau saya tu gamaknya..

Walaupun craft saya ni nampak mengarut dan tak laku, setiap minggu pun saya bayar sewa yang boleh tahan la tingginya berbanding crowd yang hadir.
Kenapa?
Seperti point no. 4 tadi, affordable..
Kos bahan mentah untuk buat satu benda tu rendah, yang mahalnya ialah kreativiti dan tenaga kita yang buat ni..

Walaupun harini cuma dapat RM100, kos bahannya cuma RM10, lagi 90 ialah upah kita dan untung.
Dari situ saya boleh adjust bayar RM40 utk sewa booth sehari.
Jadinya untung dan upah saya ialah RM50.
Memang sikit, tapi mampu la untuk bertahan masa mula-mula tu, sementara tunggu nama brand kita naik.

Berbanding dengan peniaga lain yang dapat jualan RM100, kos barang RM50, sewa RM40.
Jadi dorang untung RM10.
Mana tak sakit kepala..

Benda macam ni saya malas nak cerita kat semua orang.
Saya ni bukan pandai pun.
Bila saya bercakap, takde siapa peduli.
Ye la, rupa pun macam kampung dan tak meyakinkan..
Lain la pakai kot, rambut pomade, misai cokeng , kunci kereta BMW, baru la orang yakin.
Ye dak..?

Korang yang nak jana pendapatan dengan felt craft ni, saya sarankan korang buat beberapa sample dulu.
Bila orang tempah, minta bayaran pendahuluan 50%, kemudian baru la beli bahan-bahan secukupnya untuk tempahan tersebut.
Tak perlu beli stok banyak-banyak, nanti ada warna dan bahan yang jarang guna, sayang je..

Okay..
Itulah 5 sebab Kenapa Saya Suka Felt Craft.

Walaupun felt craft ni nampak mengarut, tapi saya masih dapat tempahan sampai sekarang (7 years).
Mengarut kan...

Wassalam...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama