Mini Perler Beads

Salam..

Korang pasti dah biasa kan dengan perler beads.

Inilah perler beads
Kepada yang belum biasa, perler ni ialah plastik bulat-bulat berbentuk tiub (kat atas ni) yang disusun cantik-cantik dan menghasilkan corak/bentuk yang kita nak.
Contohnya:
Comel tak?
Perler beads ni dah lama saya jual, cuma sejak akhir-akhir tahun lepas ia mula popular.
Sekali buat memang nak lagi..
Selain mudah dan cepat, ia juga bagaikan satu terapi.
Terutama bila say abuat waktu penat dan nak berehat.
Lepas buat satu, mula la tak boleh berhenti.
Huhuhu..

Kali ni ada sedikit luar biasa tau.
Saya jumpa satu jenis lagi perler beads yang lagi kecik.

Nama dia Mini Perler Beads
Perbezaan saiz perler beads dan mini perler beads
Saiz mini perler beads ni kecik sangat tau.
Kecik dia separuh dari yang asal.
Dan hasilnya, lebih cantik dan detail.
Elok untuk buat keychain.

Ini antara Pixel Art yang pernah saya buat menggunakan Mini Perler Beads

Thor Pixel Art Mini Perler

Loki Pixel Art Mini Perler
Nampak macam sama je kan seperti Pixel Art biasa.
Meh tengok perbezaan saiz dia..
Kiri tu biasa, kanan tu mini
Yang kiri tu besar, bole letak cawan atas muka dia..
Yang kanan tu pula kecil, sesuai buat keychain letak kat beg.

Cara membuatnya?

Sama je caranya, cuma leceh sikit.
Kalau jenis biasa tu amik masa 15 minit, yang mini ni pergi la dalam 45 minit macam tu..
Hohoho..

Sebab nak amik dia, nak susun dia kecik-kecik tu, agak menguji kesabaran.
Tapi bila bayangkan hasil akhirnya yang comel giler tu, kugagahi jua..

Ini ialah warna-warna yang available:
warna mini perler beads
Pegboard dia pula, bukan guna yang sama seperti perler beads biasa.
Dia ada pegboard khas.
pegboard yang available
Ini 3 jenis yang ada dalam stok saya.
Untuk buat keychain, pegboard kecik tu dah memadai, dia ada penyambung juga, jadi bole sambung banyak-banyak macam korang nak..
Untuk projek leih besar, better guna pegboard besar.

Mini Perler Beads ni boleh didapati di asma-felt-box.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan