Lama Menyepi...

Salam.

Saya kini 37 weeks pregnant.
Tapi bila jumpa doc minggu lepas dia kata saya probably 34 weeks baru, memandangkan baby tu kecik je.

Due date pun dah berubah ke 17 September 2018. Saya kene induce sebab amik insulin. Maksudnya kene paksa bersalin.

Takut sangat.
Takut sakit.


Kepada korang yang whatsapp saya beberapa bulan kebelakangan ni pasti pelik kenapa saya lambat dan jarang reply.

Sebenarnya saya sakit.
Sakit tak kebah kebah.
Dalam 8 minggu juga la.

Saya taknak cerita banyak pasal tu sebab dua tiga hari ni Alhamdulillah dah kebah.
Rasa takut nak cerita, rasa macam merungut.

Apapun saya syukur sangat.
Hari² doa minta sembuh memandangkan semua jenis ubat dan petua tak jalan.

Berat saya sebelum pregnant 77kg. Selepas 34 minggu berat saya 77kg juga. Percaya tak..?

Ada sekali tu berat saya turun 1.4kg dalam tempoh 2 minggu.
Sebab sakit, tak cukup tidur, dan muntah² lepas makan.

Memang saya tak amik tau sangat pasal asma-felt-box. Saya tak larat

Minta maaf ya.

Apapun, semua order diuruskan oleh staf, maka order melalui website je la yang smooth. Order whatsapp tak smooth, apapun nasib baik semua customer memahami.

Giveaway pun tak jalan juga.

Kalau korang tengok kat blog ni, ada beberapa post giveaway tapi tak update pun kat instagram.

Giveaway tu semua auto-schedule.
Disebabkan tak online, saya tak perasan pasal GA tu.

Minta maaf ya.

Banyak ni kene minta maaf .

Walau bagaimanapun, Alhamdulillah saya dah kebah dan bole start buat kerja, cuma perlahan la sebab perut makin besar, nafas pun pendek².

Sejak kebah ni saya check inventori, terkejut giler banyak barang dah low stock.

Dorang dah inform barang kurang, kene beli. Tapi saya ni la, buat² tak tau dan malas amik port. Rasa macam cukup aje..

Sekali tengok stock, gulp, telan air liur juga 

Alhamdulillah, semua barang dah siap order. Akan sampai dalam sebulan dua lagi. Minta² la sempat.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama