Art vs Artist

Salam.

Cam ramai je share gambar #artvsartist. 

Walaupun saya ni bukan artis dan hasil craft saya bukan la tahap art, tapi nak share jugak.

Kali ni letak amigurumi je.

Muka tengah tu time selfie selepas 2 bulan lahirkan baby. 
Gambo kiri atas tu amigurumi yang terbaru.

Tak banyak juga amigurumi yang saya amik gambo. Kebanyakannya tak siap atau tak menjadi. Susah juga tau amigurumi ni. Terutama yang besar² tu memang selalu je terbengkalai sebab boring nak siapkan.

Kalo korang ikoti saya, pasti korang tau saya ni suka buat keychain dan craft yang kecik². Ntah la rasa puas sangat.

Sebelom mula mengait, saya ada follow beberapa orang crocheter Malaysia dan hasil kait dorang memang cantik. Tapi sekarang dorang dah tak aktif dah pun. Dorang ni memang otai. Dorang kait beg, bantal, alas meja besar², dan macam² lagi. Perghhhh. Tengok aje pun dah rasa sakit pinggang.

Saya tak sampai pun tahap macam tu. Teknik mengait pun cuma tau yang basic² je. Mengait pun slow sangat. Nak cuba laju pun tak dapat. Huhuuuu..

Sejak akhir² ni saya dah start berkrocet semula. Tapi dengan baby yang baru 4 bulan ni, banyak sangat pause. Tapi rasa menakutkan juga masa ralit mengait, bole tak dengar suara baby nanges². Oiii, bahaya tu.

Budak bucuk

Jadi saya tetapkan rule, bila baby merengek, wajib ketepikan craft san phone. Fokus baby.

6 tahun kawen baru dapat baby, priority tuuu..

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama