Hashtag March Meet The Maker

Salam.

Patutnya post kali ni nak ajak korang buat projek amigurumi kan, malangnya video tu saya belom siap edit lagi.

Sebenarnya saya kurang berpuas hati dengan video tu. Rasa nak buat video lain je. Tapi memandangkan masa saya sekarang dah tak macam dulu, maka kita teruskan je la dengan video tu. 

Saya akan cuba siap edit minggu ni, in shaa Allah.

Tak sangka pula kehidupan seorang ibu sesibuk ini. Adik cakap bila baby start merangkak, lagi la takde masa. Alamakkk.

Kat instagram ada nampak #marchmeetthemaker.

Minat pula nak join.
Tapi kan dah ketinggalan seminggu ni. Apa pun belom start lagi.

Topik March Meet The Maker tahun 2019

Challenge untuk 31 hari tuuuu.
Mampukah saya?

Korang nak join gak ke..?
Detailnya bole baca kat https://www.marchmeetthemaker.com

Saya duk fikir nak post terus hari yang ketinggalan tu ke, atau start je 1st challenge harini
Cam banyak je kan nak post smeua serentak.

Kita tengok mampukah saya menyahut 31 hari cabaran ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan