Projek tak siap-siap.

Salam.

Ini ialah projek yang lama gila tak siap² lagi.


Korang yang follow IG saya pasti dah nampak gambar ni lama sangat dah.
Tapi tak siap-siap pun.
Projek apa ni..?


Ini adalah projek kitty keychain.
Saya nak buat keychain kucing yang comel ni untuk semua warna acrylic felt yang available di asma-felt-box. Dan senaraikannya seperti di bawah:

Macam ni...

Ada warna dari hitam, putih sampai la ke warna kuning.
Malangnya saya hanya buat 9 warna ni je (ada beberapa warna lagi tapi nak susun ikot kaler, bagi senang nampak)

Kamera phone sekarang ni dia adjust warna ikot lighting, jadi warna tu kadang-kadang tak sama.
Saya selalu edit setepat mungkin dengan warna sebenar, tapi tak berapa menjadi juga.
Sebab warna pun ikot atas skrin device masing-masing juga kan..

Saya harap sangat korang beli warna yang betul.
Kalo ragu-ragu better beli sekeping dua saiz A4, tak pon beli mini felt pack, untuk faham warna dia.
Bole juga beli carta warna felt.
RM1 je harganya. Bole simpan untuk rujukan.

Warna acrylic ni semuanya dah restocked tau.
Cuma warna cherry dah abes kene borong.
Lepas raya ni saya order lagi.

Harga supplier makin mahal. Tapi saya masih jual dengan harga yang sama seperti 7 tahun lepas.
Nak naikkan harga rasa tak sampai hati pula.

Kita tengok je la sampai mana saya mampu bertahan.

Sementara itu saya masih perlu cari masa untuk siapkan kitty ni..
Sekarang ni, tiap kali lapang saya akan mengait je.
Seperti yang saya cakap sebelom ni, mengait kurang sepah dan saya buat buat 5 minit pastu berhenti beberapa jam pastu sambung pulak 5 minit.

Gian juga nak main felt ni.
Haha

Projek tak siap-siap. Projek tak siap-siap. Reviewed by Asma on Jun 06, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.