Done : Selimut Baby Crochet

 Salam.


Ingat tak Selimut Baby anak saya haritu ?
Haaa.. Saya dah berjaya pun jahit bordernya.

Lama kan..

Sebenarnya dah siapkan pada Jun lepas.

Border yang saya kait ni simple-simple je.
Cuma buat dua row double crochet, settled.

Nak gak try border lain yang cun sikit.
Memandangkan tengah semangat nak siapkan border, saya malas nak gugel jenis border. Nanti syok.gugel, tak terbuat border tu.

Maka jadi la border simple mimple.

Cantik kan...

Walaupun cantik tapi renyah juga la membuatnya. Terutama bab cantum-cantum tu. 

Ingat malas dah nak buat jenis ni, namun begitu ada sorang tempah selimut yang sama macam ni, cuma kaler tu dia nak pink, purple dan putih. 

Alhamdulillah. Rezeki. Huhuuuu...

Naseb dia bagi tempoh 3 bulan.
Bole la buat selang seli dengan selimut September.

Cari Blog Ini