Hobi Baru

Salam

Sejak akhir tahun lepas saya mula ada hobi baru iaitu mewarna.

Puncanya ialah anak-anak asyik mintak saya warnakan coloring book dorang. Saya ni dah la tak minat pun mewarna. Beli coloring book dan pensel warna supaya dorang mewarna, last² saya yang pergi warna.

Lama kelamaan saya rasa syok mula mewarna. Pastu rasa kecewa sebab belom habis mewarna anak dah conteng-conteng page tersebut siap tampal sticker sana sini.

Kecewa pun nak buat camana kan...

Last² saya beli coloring book sendiri dan pensel warna sendiri (taknak share ngan anak nanti hilang). Maka mula la proses mewarna sendiri sebagai hobi sambil-sambil layan anak bermain dan berbual.

Saya ni mewarna takde la lawa pun, sekadar hobi je. Hobi lain tak bole buat masa anak ada sebab dorang mama mama mama setiap 30 saat. Hobi seperti mengait, membaca, menulis blog, menjahit memerlukan fokus. Setiap 30 saat interrupted memang sangat mendukacitakan. Mewarna ni takde la fokus sangat. Hayun² je pensel warna tu. Lain la colorist profesional. Sebab tu  dorang mewarna lawa.

Ni nak share sikit hasil mewarna saya setakat tahun lepas. 


Yang tahun ni belom rakam lagi. 

Bagi saya hobi mewarna ni agak membosankan. Tapi anak-anak tak bole tengok mak buat keje. Ada je bende dia nak cakap, nak minta perhatian. Jadi hobi mewarna ni bole je saya stop warna kejap dan beri perhatian kat anak. Takde la saya stress sangat berbanding kene stop membaca, mengait atau menaip blog.

Kalau takde hobi rasa bosan sangat pyla pastu mula la scrolling social media sampai tak sudah-sudah. Tak pun saya kunyah itu ini pastu gemuk. 

Walaupun hobi mewarna ni agak membosankan, tapi ia tak memudaratkan seperti makan atau main phone. 

Saya ni bole dikatakan telah berjaya quit social media, tapi gian atau rindu tu masih ada. Sesekali masuk juga lepas tu uninstall semula. 

Semoga istiqomah quit social media dna enjoy mewarna.


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama