Mindless Scrolling

Salam.

Saya dah lama quit social media (Instagram, Facebook, tiktok). Namun begitu sejak restart balik asmafeltbox dua minggu lepas, saya dapati saya kembali ber-mindless scrolling.



Saya cuma buka ig untuk update tapi saya ter- tengok reel dan ter-scrolling dan tak berhenti sebab syok. Tu la masalah saya. 

Walaupun saya bole tahan juga produktif berkraf tapi jari ni mesti nak je buka ig nak checking (checking apa pun tak tahu), lepas tu tanpa sedar pergi scrolling.

Oleh itu saya decide untuk uninstall ig. Dan mungkin install seminggu sekali untuk upload gambar lepas tu terus uninstall balik.

Jadi update tentang asma-felt-box korang bole tengok kat whatsapp channel saya : https://whatsapp.com/channel/0029Vb7PVX4Jf05kj9G8Dz0A

Blog saya lambat sikit update sebab leceh juga update blog guna phone. Lagipun saya macam kekeringan ida nak tulis apa panjang-panjang .

Sebenarnya saya lebih kreatif menulis pada waktu malam. Tapi sekarang ni malam saya tido. Haha. Saya dah hampir normal. Bole tak nak tido, tapi esoknya saya fatigue dan tak mampu nak layan dua anak yang super aktif bercakap, berlari, bergaduh, bersepah, ditambah dengan aktiviti memasak, menguruskan kain baju, kemas dan cuci, hantar n amik anak sekolah dan jadi hakim pergaduhan anak yang berlaku 10x sehari. 

Jadi saya perlukan tido malam. Contohnya sekarang ni saya menaip di waktu pagi, ada 4x interruptions dari anak-anak. Bila nak resume balik menulis, saya dah lupa dah nak tulis apa. Tu yang kalau korang baca, penulisan saya beberapa tahun kebelakangan ni flownya tak smooth. 

Sekarang saya kene detox balik social media. In shaa Allah bole.buat, cuma amik masa sikit. 

Wassalam

0 Ulasan