Cara Kira Harga Produk Handmade

Salam...

Salah satu soalan yang kerap ditanya kepada saya dan saya susah nak jawab ialah, "Bantal ni nak letak harga berapa?". "Keychain love nak letak harga berapa?". "purse ni letak harga berapa?"

Aiyooooo....
Susahnya nak jawab soalan ni kerana jawapannya ada pada si pembuatnya; bukan pada saya...

Kat sini saya nak share formula yang saya gunakan untuk letak harga barangan handmade saya...

Harga Produk Saya = (Kos bahan + Kos Upah) x 2 

Contohnya nak buat keychain love : 

Kos bahan : sekeping felt bahagi 4 bahagian = RM1.10/4 = RM30sen
                  keychain sebiji = RM20sen
                  butang sebiji = 15sen
                  benang = 5sen
                  fiber = 30sen
                                           Jumlah = RM1.00

Kos upah : Kalo korang nak upah pekerja, korang nk bg upah berapa kat dia? Contohnya nak bg RM3 sejam.. Jadi nak siapkan sebiji keychain perlu setengah jam (contoh)..
                 Jadi upah = RM3/2 = RM1.50

Oleh itu, harga produk = RM2.50 x 2 = RM5.00

Kalo harga borong pulak, biasanya saya tolak RM1.00 atau 25%; bergantung kpd kesesuaian produk..

* Kenapa nak ada kos upah? Padahal korang upah diri sendiri?
   - Kos upah perlu supaya pada masa akan datang bila bisnes dah established dan order masuk berduyun2; time ni korang perlukan pembantu untuk jahit ke, gunting ke, tampal ke, packing ke.. Kalo tak kira kos upah; susah nak dapat pembantu pd masa akan dtg sebab tak mampu*

Ni pulak saya tunjukkan cara sebenar nak kira harga handmade:

Harga borong produk saya: (Kos bahan + Kos Upah) x2
Harga runcit produk saya : Harga borongx2

Lepas kira ni mesti terkejut kan.. Sebab mahal giler...
Actually, barang handmade memang mahal giler... Ianya exclusive dan yang paling penting ia dibuat satu persatu dengan teliti dan khas untuk si penempahnya... 

Cuba korang search handmade felt keychain... Korang akan jumpa keychain yg berharga USD15.00 dan ramai gila orang beli... Kalo  keychain USD5 tak laku pulak sebab dalam fikiran pembeli; confirm jahitannya tak cantek sebab tu jual murah gila...

Kenapa saya tak guna formula kedua?
Sebab rakyat Malaysia taknak barang mahal2; dan 95% dari mereka tidak tau nilai sebenar handmade..

Apapun sekarang ramai kastemer yang request buat mahal2..
Sebabnya nak saya jahit satu persatu n halus2, nak teliti n taknak pakai gam..
Bila saya letak harga tinggi pun, dorang ok je...
Oleh itu dengan senang hati saya abeskan masa siapkan order tu; dan hasilnya memang masterpiece,,
Sebab apa? Sebab menjahit bukan hanya dengan jari, tapi jugak dgn hati n akal.. ^_^

Semoga ilmu ni dimanfaatkan...
Pasni berusaha la kira sendiri harga produk handmade...
Jangan banding dengan orang lain...
Orang yang jahitannya kasar tak sama nilai dengan jahitan halus dan teliti
Orang yang potong felt pakai ikot suka, tak sama nilai dengan orang yang lukis dulu, pastu potong pastu tekap pastu potong lagi.. Gunting saja pun ada 4 5 jenis ikot kesesuaian saiz dan bentuk.
Orang yang boleh siapkan dalam masa sejam, tak sama nilai dengan yg siapkan dalam setengah hari...

Saya tau la..
Saya pun suka beli produk handmade...
Kebanyakannya mengecewakan, tapi ada yang menakjubkan...
Jangan putus asa ya.. Chaiyuk2!!!

Wassalam...

5 Ulasan

  1. tq asma for the info..

    tapi kalau utk jualan booth..akan sama dengan harga jual ke?
    akan tambah kos sewa booth ke macam mana?

    sebab kadang2 penjual selalunya akan reduce sikit hrga product bila buat jualan booth. itu biasa sy perasan kalau utk product pakaian ke..makanan ke?
    kalau handmade..kadang ada juga yg reducekan harga..

    tq



    BalasPadam
  2. salam..kak as. if nak jual barang handmade kat orang luar negara tapi takde visa mastercard atau paypal camner yea? sye student lagi and baru nak belajar berbisnes barang handmade sebab minat sangat and nak cari duit sampingan. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. mekasih.. kalo nk jual kat luar negara better buka akaun paypal. Maybankard atau debit kad yg ada logo visa n mastercard bole guna utk buka akaun paypal. Selain tu bole guna western union (bole buat kat bank atau pejabat pos), dan TT transfer (kat bank). Biasanya org putih suka guna paypal, org asia tenggara suka western union.. pengalaman saya la.. :)

      Padam
  3. Ouh ya.. klu org order dri luar contoh Indonesia , mcm mana nk post n duut nya send mcm mana ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam..
      Untuk luar negara bole pos guna flexi pack atau post parcel atau pos daftar untuk luar negara. Tengok mana2 yg sesuai dgn berat dan saiz item..

      Pembayaran pula bole guna wire transfer, western union atau paypal. Kalo credit card saya tak pasti caranya..

      :)

      Padam
Terbaru Lebih lama