New :Alat Jahitan : Gunting Craft Tajam

Salam..

Barang yang dah lama masuk tapi tidak diperkenalkan..

GUNTING TAJAM

Gunting ni saya guna untuk potong benda-benda yang detail.
Contohnya huruf2 yang kecik, bunga, bintang, dan objek kecik dan detail seperti mulut, mata dan lain-lain sebagainya..

Gunting ni jugak ada pemegang yang besar, jadi lega sangat time memotong..
Tak sakit tangan..

Gunting ni sesuai untuk korang yang kidal.
Kerana kedua-dua belah identical, maka takde bias disitu.

Disini saya nak bg beberapa petua penjagaan gunting..
Pastikan setiap gunting adalah spesifik untuk satu jenis material je..
Gunting untuk kain, jangan guna untuk potong kertas, atau potong felt, atau potong plastik..
Gunting untuk kertas, jangan guna untuk potong felt, potong plastik dan sebagainya..
Ini untuk mengelakkan gunting tu tumpul..

Kalo gunting tumpul, satu cara mengasahnya ialah dengan menggunakan botol kaca.
MAcam botol kicap atau botol sos (yang kaca tau, jangan yang plastik)
Hujung mulut botol tu kan ada sedikit lekuk..
Buat aksi menggunting  kat hujung botol tu.
Lama2 nanti dia akan lebih tajam..

Satu lagi petua ialah gunting kertas pasir..
gunting2 banyak sampai tajam..

Satu lagi petua yang paling saya suka ialah...
Gunting yang tumpul tu saya gunakan untuk potong kertas, dan beli gunting baru untuk potong kain atau felt..
Gunting yang tumpul tu dah menjana wang ratusan malah ribuan ringgit.
Apa salahnya invest beberapa ringgit untuk gunting baru.
Selain dapat elakkan kita sakit hati kerana menggunakan gunting tumpul, 
kita dapat hadiahkan diri sendiri barang baru...
Best kan.. ^___^

Okay, ni saya tunjukkan bahagian belakang gunting tajam ni..


Harganya cuma RM5 sebiji.
Memang berbaloi..

Nak order, terjah ke kedai online saya

Wassalam..


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama