Gara-gara Selipar...

Salam...

Drama sebabak: Disebabkan kesempitan hidup di tengah2 kota kosmopolitan ini, akhirnya aku pasrah... Dengan hanya menjual keychain, aku tidak mampu menyara kehidupan kami sekeluarga; kerana bukan semua orang perlu memakai keychain dan menukarnya setiap bulan... Nampaknya aku perlu mencari cara lain untuk menambahkan pendapatanku...

Di celah2 hiruk pikuk kota, aku menyusuri denai2 batuan dan memerhatikan gelagat manusia sekeliling...
Apa yg mereka perlu dan apa pula yg mereka kehendaki.... Namun aku buntu...

Pelepek! Sesuatu yg lembut tetapi keras jatuh di atas kepalaku... Adoi!
Ku mendongak dengan wajah yg ala2 bengang tapi control cun...

Seorang jejaka kacak ala2 Dean dalam Supernatural tersengih, "Sorry dear, I dropped my shoe. Would you please bring it to me.."

Wah, banyak cantek.. Dah le kena kepala aku, nak aku naik atas pulak antau kasut hang...
Dengan penuh adab aku mengambil kasut tersebut lalu berlalu tanpa rasa bersalah. AKan ku bakar kasut ini untuk memuaskan amarahku...

Dari kejauhan kedengaran teriakkannya... Biarkan...

Tiba2 bahuku ditepuk. Tatkala menoleh, wajah kacak Dean yg kelelahan membuatkan aku terpesona seketika... "Please dear, my shoe..." ujarnya.. Air muka bengang di wajahku masih berbaki...

"Sorry, I know u r upset, but I cant't go on with my life without shoes.."

CING! Mentol muncul di kepala...

Lantas kasut itu ku berikan kepadanya lalu merempit menuju ke workshopku...
YA.... keperluan... itu adalah satu keperluan...

Terima kasih kepada Dean kerana memberikan idea itu....
Mulai hari itu, aku mula membuat selipar dan menjualnya kepada mereka yg memerlukan...
Dan demi melakukan seliparku ini, aku turut membuka booth di kawasan flat, peumahan dan pejabat; dan mengupah kanak2 mencurinya dan menyoroknya di celah2 apa2 yg ada celah...

Huhuhu....

Kini aku sudah mampu membuka kilang selipar dan mempunyai cawangan booth selipar di seluruh negara....

Inilah gambar kilangku yg berbumbung lutsinar....


Antara selipar2 yang masih belom dijahit tapaknya...

Inilah rupa sebenar selipar yg telah siap...
Dengan setiap pembelian, anda akan mendapat tali percuma bagi memudahkan proses penyimpanan...
Huhuhu...

Hakikat sebenar: Ada bulk order mini strap selipar 100 biji yg akan diambil Sabtu ni... SApe2 nak lagi, cepat order sementara tgh syok2 menjahit ni... RM2.00 sebiji...

Jangan marah aaa.... (ala2 citer P. Ramlee)

Wassalam...



3 Ulasan

  1. ingatkan betul2 jadi tadi...baru nak tanya, sakit tak...tp tak jadi...

    papehal, comel jugak selipar jopun tu...

    BalasPadam
  2. Huhu...
    Tokey cina kedai handset yg tempah ni...
    Kene siapkan Sabtu ni jgk...

    BalasPadam
  3. kalau dah rezeki tu...jual selipar jepun pun boleh kayo....hehe!

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama