Tutorial: DIY Cara Pasang Eyelet

Salam...

Atas permintaan ramai (ramai la sangat, padahal beberapa orang je.. huhuhu.) arini saya tunjukkan cara guna Eyelet Tool ni...

Bahan-bahan yang kita perlukan ialah:


(yg saya punya dah buruk. Dh 3 tahun pakai. Yg baru punya ni berkilat giler. Dun worry)
Eyelet sebiji
Pensel n gunting 
(untuk buat lubang. Atau bole beli hole puncher. Sy pakai ni gunting je, murah senang sikit.. Hehe)
Tukul 
(sebelom ni saya guna lesung batu atau apa2 objek yg berat. La ni kidnap tukul Cik Abang kejap..)

Mula-mula nak buat lubang
TAndakan dengan pensel kat mana nak buat tu...

PAstu potong sikit bentuk X

Macam ni...

Masukkan eyelet kat kubang X tu...
Eh, tak nampak plk...

Ha.. nampak pun...
MAsukkan je ya..

Letakkan kat atas tapak...
Pastikan eyelet tu terletak elok kat dalam "longkang" tapak tu...

PAstu ketuk sampai kemas...

Siap!

YAng bahagian belakangnya nampak macam ni...

Senang kan...

Selain Eyelet tool ni korang boleh beli eyelet plier..
Kat kedai DIY ada, kedai online lain pun ada jual...
Saya guna eyelet tool sebab ia sesuai dgn karakter saya yang gengster..
Huhuhu....

Semoga tutorial ni bermanfaat...

BTW, eyelet tool ni tinggal 7 set je lagi.. Harga RM10.00/set (tak termasuk pos)

Wassalam...

Cari Blog Ini