100% polyester felt 1.2mm

Salam..

Saya dah lama nak tulis perkara ni bila terbaca sesuatu yg sedikit menjejaskan saya.
Tapi rasa ragu2 sebab tak elok cakap hal yg menjejaskan orang lain...
Tapi tadi saya dah terbaca sesuatu yg jelas menjejaskan, maka saya kena tulis juga la..
At least orang bole baca dari 2 sudut, instead of 1 sudut je, dan nilaikan sendiri...

Polyester felt yang saya jual ialah 100% diperbuat dari polyester.
Ketebalannya ialah antara 1.2mm ke 1.3mm.

Dalam blog, website and fb saya tulis 1.2mm kerana ianya ketebalan minimum. Kalo tulis 1.3mm padahal ada antaranya 1.2mm maksudnya saya tidak bercakap benar la pulak..

Saya guna felt ni sejak 3 tahun yg lepas iaitu time saya mula2 berkraf..
Sebenarnya time mula2 berkraf saya guna acrylic felt, kemudian ada member crafter suggest polyester felt, saya pun try beli 1 dan terus jatuh cinta sebabnya ia mudah dipotong, dan tak mudah berbulu..hasilnya pun cantek...

Saya pernah beli korean felt yg berketebalan 1.0mm dan ianya begitu nipis tak sesuai dgn jiwa saya..
Apapun, ramai jugak yg nk order korean felt , tapi saya dah tak jual dah..
Menurut dorang, dorang suka korean felt sebab tak tebal daan lebih lembut. Walaupun nipis tapi dorang suka..

Pada suatu hari, stok felt saya kehabisan beberapa warna, lalu saya cari beberapa crafter yang ada felt dr jenis yang sama.
Tapi rata2 sy jumpa yg 1.0mm dan 1.?mm... 1.2mm macam takde je...
1.?mm tu pada andaian ianya lebih tebal, nanti tak sama pulak dgn felt2 saya yg saya jual selama ni...
Tapi dah takde masa nk pikir lama2, saya pun order je la..

Bila sampai, saya macam konfius sikit.
Kenapa felt saya (yg 1.2mm ni) nampak lebih tebal dr felt 1.?mm tu..?
Ke saya dah salah tulis selama ni?

Saya contact supplier nak confirm betul ke saiz ketebalan felt saya selama ni..
Beliau confirm ketebalannya 1.2mm-1.3mm.. Kalo yg 1.? tu harganya lebih mahal..
Saya pun try la ukur sebab nak tau kesahihahn.. tapi macam x berjaya je..
Camana nk ukur perbezaan 0.?mm dengan pembaris..?

Saya ingat nak beli felt 1.?mm tu melalui supplier untuk menyaksikan sendiri perbezaan kedua2 jenis felt tu, tapi harganya mahal la pulak...
In shaa Allah ada rezeki nanti saya borong dalam 5 kaler camtu...

Apapun , felt yang saya jual harini ialah felt yg sama saya jual sejak 3 tahun lepas, dan felt yang sama saya guna utk handmade yang korang order.
Kenapa saya jual dan guna felt yang sama?
Kenapa saya tak tukar kpd felt lain?
Jawapannya kalo dah suka kat boyfriend tersayang ni, takkan nak tukar lelaki lain yang kita tak pasti suka ke tak..
Lain la kalo kita dah tak berkenan kat boyfriend ni, baru la kita break dan cari lelaki lain yg jauh lebih baik..
Macam mana nak tau suka ke tak?
Jawapannya ialah kena experience sendiri..

Saya ada ramai repeat customer yg berpuas hati sebab felt ni mudah potong, tak mudah berbulu dan cukup tebal. Pernah jugak terpikir nak buat testimoni; tapi segan la pulak, nanti nampak macam nak menunjuk2 je. Tapi mungkin itu hanya perasaan saya je kot... Haha..

Tapi ada ramai juga yg tak repeat kerana :
a) felt sy tebal, dia nak yg nipis;
b)felt saya nipis, dia nk yg tebal;
c) felt saya lembut, dia nak yg keras;
d) felt saya keras, dia nk yg lembut;
dan pelbagai sebab lagi..

As a crafter, kita tau material jenis apa yg lebih sesuai utk craft yg kita hasilkan, dan kat luar sana ada pelbagai jenis material yang "sengaja"dipelbagaikan ketebalannya, kekerasannya, kelembutannya utk suit kehendak crafter. Isn't that a blessed?

Sekiranya hanya felt jenis A je yg bagus, kenapa perlu wujud felt jenis B, C, D, E...Z..?
Dan kalo felt saya tak bagus, mungkin ke saya guna dan jual selama 3 tahun?

P/S : Entry ni ditulis kerana saya terbaca petikan yg merendah2 kan felt 1.2mm, dan claimed felt yg dia jual adalah paling baik dan paling berkualiti, walau ada felt yg ketebalan sama dgn dia tak semestinya berkualiti tinggi macam dia punya. Tapi macam saya mention kat atas, saya dah beli dan tengok sendiri tahap ketebalan, kebuluan dan transparency; dan saya tak rasa nak tukar walaupun saya tau siapa suppliernya. Apa lagi bila harganya lebih kurang sama dengan felt yg saya borong selama ini. Plus felt saya amik masa 2 bulan baru smpai malaysia, tu pun kena tahan kastam, tapi kalo saya tukar supplier ni dalam 2 minggu je dah sampai. Tapi saya tak terpikir nak tukar kerana tak perlu.. Oleh itu, saya perlu tulis entry ni supaya orang ramai tak fobia bila tau felt yang saya jual ni berketebalan 1.2mm dan assume "wah, felt ini nipis dan mudah berbulu sebab saya pernah baca haritu" hanya kerana percayakan petikan tersebut tanpa menilainya sendiri di depan mata. Hebat kan bagaimana perniagaan kecik yg merangkak2 nak naik ni bole collapse hanya kerana sepotong ayat.

P/S: Maybe saya patot buat ruangan testimoni untuk rujukan pelanggan dan bakal pelanggan.. Ai, bisnes kecik kementot camni pun banyak cabaran kan.. :/

Wassalam...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama