Bisnes Online - CARA BERNIAGA ONLINE

Salam...

Orait, jom sambung perkongsian semalam..
Yang semalam punya dah settle, ni dah masuk bab lain..
Sape yang tak baca semalam, bole tengok entry semalam ya...

CARA MULA BERNIAGA ONLINE
Nak start berniaga online mudah je..
Yang tak mudah ialah nak buat sale.

1. Mula-mula pilih produk yang nak dijual
Contohnya saya pilih handmade felt craft - yang terbaik ialah ada fokus produk contohnya fokus buat pillow, atau phone pouch, purse, dll.. Nak buat semua sekaligus pun bole. Tapi kalo ada fokus produk, akan lebih memudahkan keje.

2. Cari supplier
Untuk produk handmade takde masalah; asma-felt-box kan ada. huhuhu..
Untuk produk lain, cari beberapa supplier yang memudahkan urusan. Bab ni kene rajin sangat. Sebab korang perlu compare harga dan kos. Kadang2 proses ni amik masa yang lama jugak sampai jumpa supplier yang berkenan di hati

3. Nama bisnes/ Jenama
Pilih nama yang cun dan sesuai dengan hati. Pilih elok2 dan kalo bole taknak tukar dah pasni.
Bole je nak tukar tapi kadang2 penukaran nama buat pelanggan confius, Nak2 bila selalu sangat tukar.
Kalo bole cari yang unik, pendek (untuk memudahkan orang ingat) dan menjelaskan produk jualan.
Kalo bole elak ejaan yang mengelirukan seperti Meiynah's atau Asyreiyfynn.. sebab walaupun orang ingat nama tapi nak search tu sikit punya susah. Last2 give up.

Sebenarnya nama  ASMA FELT BOX sendiri adalah kurang sesuai. Sebab macam ramai je tak bole sebut (terutama orang lelaki yang tak buat craft). Ramai orang suggest saya tukar jenama ni kpd nama yang lebih mudah unik; tapi sampai skrg say amasih tak jumpa nama yg ok. So saya kekalkan je la nama ni buat mas ani sehingga la jumpa replacement.
Selain tu jangan lupa buat pendaftaran syarikat di ssm kerana itu ialah perkara wajib

4. Buka Kedai
Pilih satu platform untk buka kdai di alam maya ni.
Kebanyakan orang akan pilih Facebook page sebab senang nak set-up, senang kastemer follow utk dapatkan perkembangan terbaru, senang nak letakkan gambar dan kelaskan dalam album2 berlainan, senang kastemer nak contact.

Selain tu korang bole buka kedai kat blog, wordpress, buat website/ shopping cart berbayar dan sebagainya. Cuma ni akan banyak sangat keje dan kalo buat website sendiri perlukan banyak modal. Apapun, dengan adanya website, korang akan nampak lebih profesional dan meyakinkan dan nampak macam serius berniaga.

Secara peribadinya saya suka beli barang kat website atau shopping cart.
Sebab senang nak pilih, terus ada harga, senang nak bayar - checkout je terus bole bayar,  dan bagi saya yang ada website ni in shaa Allah sentiasa ada stok.

Saya kurang minat beli barang kat facebook sebab biasanya takde harga (susah nak bajet - cth saya bajet RM80 rupa2nya RM180, tak jadi nak beli. pm lg tanya harga lain2, sampai 10x pm harga tak menepati bajet. Bila mcm ni saya segan dah nak pm lg. Rasa mcm nak beli brg sgt,tp bajet ciput je. Rasa malu sendiri. Kalo kat website saya dah tau harga bole bajet nak beli bulan depan, takde la malu sangat. Hahaha .ntahapeapeje..), lambat reply (jangan kate orang lain, saya sendiri pun kadang2 lambat reply pm sbb tak online 24 jam), customer service yang tak menawan hati (bila tanya elok2 seller jawab acuh tak cuh je- ADA, OK, TQ, RM80, 36494987 MBB, WC dan sebagainya. Kalo beli kat shopping cart memang dah tau sistem yang layan, jadi takde sebab nak sakit hati..), lambat pos (dah bayar semua baru tau brg dipos seminggu sekali iaitu setiap Isnin- saya order hari Selasa.. HUwaaaaa!!- shopping cart biasanya ada T^C tulis bila barang akan dipos jadi takde la terperanjat beruk...)

Pengalaman saya pula, kebanyakan kastemer saya suka pm kat facebook tanya harga (walaupun dah terang2 harga, saiz, detail semua kat album). KAdang2 kat facebook dia pm, dan hantar email tanya soalan yang sama. Dari sini saya faham yang ramai orang lebih suka berinteraksi secara personal dengan seller. Mungkin sebab nak kenal seller sebelom order dan rasa lebih selamat dan meyakinkan bila ada interaksi dengan manusia sebenar.

Oleh itu, pilih la platform yang sesuai.
Kalo rasa nak guna semua platform pun bole, cuma banyak keje sket...

5. Display Produk
Bila dah pilih platform tu (FB page contohnya), tiba masa untuk display produk.
Part ni yang paling penting ialah "GAMBAR YANG MENARIK HATI".
Camana nak amik gambar cantek better korang cari ilmu kat tempat lain sebab saya pun masih terkial2 lagi nak mencantekkan gambar produk2 saya.

Lepas amik gambar jangan lupa letak watermark.
Zaman sekarang ni ramai pencuri gambar yang gunakan gambar orang lain utk berniaga.
Mungkin sebab dia takde produk tu; atau memang jenis malas buat keje. Nak senang amik gambar orang pastu clain ini hasil craft sendiri. Paling best curi yang ada watermark dan tulis caption "Ya, ni Asma felt Box punya gambar, tapi saya dah cuba buat dah dan hasilnya sama macam dalam gmbar ni. Saya jual lagi murah RM10.00 je, Asma Felt Box mahal dia jual RM15.00." Wooooo.. saya rasa macam nak poskan bom kat dia...

Masukkan gambar dalam album atau kategori yang sesuai.
Tulis description item dengan jelas.
Nak tulis harga atau taknak tulis harga?
Saya pun tak tau..
Secara peribadinya saya suka tulis harga sebab memudahkan orang rujuk dan bajet; tapi ramai seller suggest tak letak harga supaya nampak eksklusif dan dapat berinteraksi dengan potential customer.
Saya sendiri kalo takde harga saya takkan beli; dan malas nak pm tanya2..
Tapi ramai yang suka tanya harga dan kalo bole semua kedai dia pm harga. nak beli taknak beli no 2.
Oleh itu, terpulang pada korang la nak letak harga ke tak...
Disebabkan custom made ni harga depend pada kerumitan dan saiz; maka kalo korang nak letak harga, cuma letak range harga je.
Contohnya: RM10-RM25 (depend pd saiz dan kerumitan design)
Kalo taknak harga bole tulis : PM me for price.

Ramai tanya, saya jual custom made craft, macam mana saya nak display produk padahal takde orang tempah/beli pun lagi.. :'(

Jangan rumitkan fikiran.
Nak jual barang kene ada produk. Barang2 kat kedai tu pun belom ada pembeli tapi penjual dah beli dan display. Kilang pun buat barang2 tu setiap hari tapi takde orang beli pun lagi..
Oleh itu, create produk untuk display.. 5 barang, 10 barang, 20 barang 30 barang...
Orang taknak beli dan taknak tempah sebab orang tau tau apa yang awak tawarkan. Contohnya; saya menawarkan keychain pelbagai bentuk. Kastemer tanya, bentuk apa ada? Bentuk apa2 pun bole, sebut je. Ada contoh tak? Takde, sebab saya tak buat pun lagi.. 
Tak meyakinkan..
Tapi kalo awak ada gambar 10 jenis keychain dan bagitau, ni antara yang pernah saya buat, kalo nak bentuk lain bole request. Sebut je nak bentu apa. 
Baru lah meyakinkan...
Yang penting dalam berniaga, jangan takot nak invest, ok..

6. Pembayaran dan Pengeposan
Pastikan kita ada online banking dan akaun bank yang kebanyakan orang guna seperti CIMB dan Maybank.
Kalo korang ada akaun Affin Bank je, better korang buka akaun bank yang CIMB dan Maybank. Memang kastemer bole buat interbank transfer; tapi leceh la. Kene tunggu 1-3 hari baru clear. Takpun kene tolak pulak RM2.00 kalo nk clear serta merta.

Tetapkan juga kurier yang korang guna dan bila akan pos. Tulis dgn jelas pos setiap Isnin contohnya. Kalo guna Kanggaroo, tulis dengan jelas guna Kanggaroo sebab orang ramai assume mesti guna Poslaju. Dan malangnya Kanggaroo ni tak semestinya akan hantar ke rumah. Kalo tak jumpa rumah dia akan suruh amik kat ofis. dan ofis dia tak semestinya mudah dijumpai. Ni pengalaman saya sendiri la.. Poslaju pun bukannya takde masalah langsung. Masalah lambat sampai, tak tekan loceng, tak tinggalkan sorry note pun selalu jugak, tapi peratusan sampai denagn jayanya adalah hampir 100%. Ini pengalaman saya sendiri..

7. Promote
Dah settle set-up kedai, sekarang masuk ke bab yang sangat panjang.
Panjang sebab promote ni perlu berterusan sampai bila-bila.

Statistik menunjukkan sesuatu perniagaan amik masa 3 tahun untuk mendapatkan pendapatan yang stabil.
Dan selepas stabil masih kene promote, kalo tak pendapatan akan menurun..
Statistik kat mana? Saya pun dah tak ingat. Saya dengar dalam seminar 2 tahun yang lepas.

Ni antara cara promote secara online yang bole saya kongsikan:

  • buka akaun dalam beberapa sosial network yang popular. Nak buka semua sosial network pun bole. cuma banyak keje je nanti, tak menang tangan plk.. Antara yang popular ialah FB, Instagram dan Twitter.Saya guna FB dan blog je. Instagram saya baru je buka dan tak aktif sangat. Twitter pun tak aktif. Agaknya kalo aktif mesti lagi ramai kastemer. Huhu..
  • Update sekerap yang bole ke semua social network tu.. Saya bajet update 1 kali setiap hari. Korang nak buat lagi kerap pun bole. Kalo takde idea nak update apa, takde pilihan lain kene juga cari idea nak update apa..
  • Update secra berterusan walaupun takde orang beli, takde orang like, takde orang komen, takde orang contact. Saya pernah baca satu status kat FB yang dia rasa sedih sebab tiap kali dia update status takde orang like. Dah, takde orang like takkan nak paksa juga. Update je, jangan peduli la berapa like dapat. Itu bukan perkara paling penting, yang penting wajib update. Kenapa update tu penting?
    • Nak tunjukkan kita aktif walaupun masih baru
    • Nak tunjukkan kita sentiasa ada produk baru dan stok baru
    • Nak ingatkan orang tentang kewujudan kita di alam maya ni 
    • Nak bagi orang cuci mata - kadang2 orang yg like page kit ani sebab suka tgk gambar2 cantik je, tapi taknak beli pun. Namun, mungkin  1 hari nanti dia akan beli bila perlu dan mungkin dia suggest kat kawan2 yang tengah cari produk kita tu. Jadi, bagi la dorang cuci mata.. :>
    • Nak bisnes kita ni muncul kat search engine. Part ni ada kaitan dgn penggunaan perkataan tapi saya tak berapa faham sangat yang ni,. Sorry..
  • Jangan stop update walaupun dan 30 tahun berniaga. Ingat kan kesah Colgate semalam..
  • email promosi terbaru kat potential customer. Tapi jangan selalu sangat nanti dorang menyampah dan masukkan dalam spam.
  • COMMENT dan LIKE post dan status orang lain.
  • Sesekali buat SALE, GiveAway, dan Contest. Hadiah tu mesti la produk yang kita jual. 
  • TAG orang yang sudi ditag. Jangan spam orang. Silap2 haribulan kene block sebab very annoying.
  • Kalo mampu buat iklan berbayar kat FB, kat blog orang lain, kat website iklan.. Ada juga yg iklan free tapi biasanya kurang berkesan..
Promote secara offline pulak:
  • Promote kat saudara mara dan kawan2
  • Pakai produk yang kita jual tu
  • Sesekali sponsor barang kat majlis kecik atau sponsor hadiah GiveAway kat blog orang lain. Ramai blogger nak cari sponsor dan sebagai pertukaran dorang akan review bisnes kita. 
  • Edarkan leaflet kat orang ramai. Pendapat saya cara ni sangat berkesan, tapi perlukan modal utk upah orang design leaflet yang menarik dan kos print. 
  • Join event kalo berpeluang. Ada yang tanya kenapa booth yang sewanya mahal tu ada vendor yang buat jualan murah dan diskaun? Dia tak rugi ke?.. Sebenarnya orang buka booth bukan sebab nak jual barang semata2, tapi nak promote barang. Biasanya booth memang kurang untung lepas tolak semua kos, tapi hasilnya ialah lebih ramai orang kenal bisnes dan jenama tu.. Orang bisnes perspektif dia tak sama dengan orang bukan bisnes. 
Rasanya tu je kot yang bole saya kongsikan harini..
Esok ada satu lagi bab dan semoga itu bab yang terakhir..

Nak sambung keje balik dan kita jumpa esok ya...

Wassalam...








7 Ulasan

  1. salam kak asma...syukran ..sgt mmbantu! :) ..tapi semangat sy msih blm matang nak mulakan ...huhu ada jgk part yg seram nk tempuh.. update tp xde like !, xde komen ! xde sambutan ! invest lg ! wahhh!! mmg kena keras hati la cmni.. semoga barakah rezeki akak.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. SAlam Syima.. Bab takde like tu memang seram skit. Sampai skrg pun blog akak ni tak ramai komen, post kat fb pun tak byk like dan komen. Kat alam maya ni ramai silent reader. Dorang tak tau nak respond apa, tapi dalam diam sebenarnya dorang ikuti perkembangan kita. Sekali sekala akak byk booth selalu terkejut bila disapa oleh follower yang datang dan dorang cakap2 ttg blog dan fb akak.. Sampai peristiwa atau entry yang lepas2 pun dorang igt .. Kuatkan semangat dan start dari sekarang ya. Semoga murah rezeki. Amin.. ;)

      Padam
  2. Salam. Thank youu for the tips. Dulu dah pernah bt bisnes felt kecik2 then stop. Sekarang nk mulakan blik. Cara nk tips utk promote produk kat blog?

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama