Salam...
Buka kedai dah...
Promote pun dah...
Sekarang, apa yang perlu dibuat untuk memajukan bisnes kecik ni; atau bagaimana nak kekalkan bisnes ni supaya tak jatuh atau hilang ditelan zaman...
SET TARGET
Set target harian, bulanan, tahunan dan sebaiknya ada target 5 tahun dan 10 tahun. Ini penting untuk mengekalkan momentum bienes kita. Sebagai contoh target harian nak dapat at least 5 jualan setiap hari. Target bulanan nak dapat RM1,500.00 sebulan, target tahunan nak tambah 1 produk setiap tahun. Target tak semestinya wang. Mungkin target dalam setahun nak ada website sendiri atau nak simpan RM100.00 setiap bulan dlm tabung haji, nak buka kedai kecik dlm tempoh 5 tahun, nk kumpul duit beli mesin jahit sulam utk buat produk sulama pulak dan sebagainya. Target mesti la realistik. Jangan target nak dapat 100 kastemer sehari sedangkan sehari nak dapat sorang pun belom tentu lagi. Kalo baru start bole target nak dapat 2 orang kastemer (yang confirm beli dan dah bayar), bila dah maintain dapat 2, up kan jadi 5 kastemer setiap hari. Jadi takde la sedih sgt. Yg penting realistik dan semakin tinggi target tu...
SIMPAN REKOD
Simpan rekod jualan setiap hari ataupun maksudnya kene buat akaun. Format akaun tak penting, yang penting kita faham akaun tu. Simpan rekod ni supaya senang kita nak pantau sama ada perniagaan kit ani semakin maju atau semakin mundur. Dan rekod ni juga adalah penyuntik semangat supaya kita kekal fokus berniaga. Di bawah ni ialah contoh akaun yang saya guna:
Date
|
Sales
|
Poslaju
|
Purchases
|
Expenses
|
Drawing
|
Remark
|
||
CIMB
|
MBB
|
|||||||
1
|
||||||||
2
|
||||||||
3
|
||||||||
4
|
||||||||
5
|
||||||||
6
|
||||||||
7
|
||||||||
8
|
||||||||
9
|
||||||||
10
|
||||||||
11
|
||||||||
12
|
||||||||
13
|
||||||||
14
|
||||||||
15
|
||||||||
16
|
||||||||
17
|
||||||||
18
|
||||||||
19
|
||||||||
20
|
||||||||
21
|
||||||||
22
|
||||||||
23
|
||||||||
24
|
||||||||
25
|
||||||||
26
|
||||||||
27
|
||||||||
28
|
||||||||
29
|
||||||||
30
|
||||||||
31
|
Sales : berapa payment yang masuk dalam bank CIMB dan Maybank saya setiap hari. Kalo ada akaun lain atau guna term cash, wang pos dan sebagainya bole masukkan juga. Kalo nak sekalikan semua payment tu pun bole jugak. mana2 je yang sesuai.
Poslaju : Berapa bayaran poslaju setiap hari. Kalo tak tulis ni, kita akan rasa cam banyak je duit masuk padahal ada kos pos yang semestinya tak masuk dalam poket kita. Di akhir bulan kita rasa macam sikit je duit, padahal payment banyak. KAdang2 kos pos ni yang kita tak perasan.
Purchases: Ialah bahan2 yang kita beli untuk buat produk atau barang yang kita beli untuk jual semula. Contohnya kain felt, butang, fiber; ataupun beli tudung n jual balik, beli kasut dan jual balik.
Expenses: Barang2 yang dibeli untuk kegunaan dalam perniagaan tapi bukan bertujuan utk jual balik seperti laptop, meja, rak, drawer; tools seperti gunting, kalkulator, pembaris; bill elektrik, internet; loan bisnes; minyak kereta cthnya pegi borong barang kat Nilai (kalo gi jalan kat Sunway Lagoon bersama suami tersayang, itu bukan under expenses ya); topup jika digunakan utk bisnes shj; dan lain2 sebagainya...
Drawing: Inilah ruangan utk duit minyak gi Sunway Lagoon, topup utk borak ngn pakwe, pi makan2, derma, simpan duit dalam Tabung Haji, beli pampers dan susu anak, beli brg dapur dan segala perbelanjaan peribadi yang tak berkaitan dengan bisnes.
Kalo rasa ada benda lain nak tambah, tambah je....
*tapi kalo tersilap isi pun takpe sebab ini adalah akaun yang kita sendiri je tengok. Nanti bisnes dah berkembang bole hire akauntan untuk uruskan akaun yang lebih betul dan lebih detail*
Detail tentang Manage Akaun bole tengok kat SINI
PROMOTE
Promote ni asyik muncul je kat mana2... Memang perlu muncul setiap masa sepanjang hidup sebabnya ini adalah jantung kepada perniagaan kita. Kalo buka kedai pastu tunggu orang masuk memang susah nak maju. Kena menarik minat orang untuk masuk. Saya pernah pergi seminar dan speaker tu bagitau keluarkan 15% dari keuntungan setiap bulan untuk tujuan promote.
Promote ni banyak cara yang free (rujuk entry semalam) cuma banyak keje yang berterusan. Kalo nak jimat masa kene invest sama ada dengan buat iklan berbayar atau hire orang utk promote. Mana2 yang sesuai dengan kemampuan kita. Ada orang yang suka promote, jadi dia hire orang utk uruskan stok. Ada yang suka buat keje jadi hire orang utk promote. Ada yang hire org utk jadi admin. Mana2 je yang sesuai dengan jiwa.
BEKERJASAMA
Ini adalah cara untuk berniaga secara konsisten, fokus dan dapat maju dengan lebih cepat. Bekerjasama dengan seseorang yang mampu uruskan satu perkara; dan kita cuma perlu fokus kpd satu perkara yang lain. Contohnya kita buat produk craft, jadi bekerjasama dengan seorang yang pandai jual barang craft tu. Syaratnya ialah kita tak jual barang tu sendiri; dan dia tak buat craft. JAdi masing2 bole fokus pada bidang kerja masing2 dan akan berterusan bekerjasama dan tak perlu bersaing. Namun begitu, nak cari orang yang sesuai adalah sangat susah. Itulah sebabnya, rakan kerjasama ni tak semestinya kawan baik atau adik beradik sendiri. Jangan cari orang yang kita sayang atau orang yg kita suka. Cari orang yang pandai buat kerja tu. KAlo orang kita sayang ni, kita tak tergamak pulak nak tegur2, nak paksa2, nak bertegas, nak menyatakan pendirian, pendek kata susah nak profesional. Last2 nak jaga hati punya pasal kita buat semuanya sendiri. Bila time nak split keuntungan, kita bagi jugak kat dia, walhal dia tak buat keje pun. Kalo tak bagi, nanti menjejaskan hubungan kita plk.. Susah tau, susah... Oleh itu, cari orang yg bole buat keje. Walaupun payah nak jumpa orang yang sesuai tapi teruskan la pencarianmu.. Chaiyuk!
INGAT ALLAH
Sebagai Muslim, perkara paling utama ialah rezeki ni Allah yang bagi. Segala2nya milik Dia. Kita perlu minta setiap hari. Antara amalan utama membuka pintu rezeki ialah:
- berpagi-pagi - lepas Subuh jangan tidur tapi terus mulakan harimu.
- solat Dhuha
- basahkan lidah dengan zikir dan kalam Allah - kalo selalu tak ingat nak buat, buka mp3 zikir atau ayat suci; secara tak langsung kita akan terikut2 dgn bacaan tu dan in shaa Allah akan jadi amalan
- solat di awal waktu - sorang kawan saya pernah ceritakan pengalaman dia. Dia selalu solat di akhir waktu dan bila dia masuk keje kat satu tempat ni, ada sorang senior yang pangkat ayah ni, bila dengar azan je dia terus ajak semua semua yang bersama dia time tu pi solat. Disebabkan ornag tua kan, org2 kat situ ikot je la tak bantah2 dah. Dan kawan saya perasan, sejak dia solat awal waktu, dia dah tak tangguhkan keje dah. Dapat je keje dia terus siapkan walau lambat lg nk hantar dna dia buat tu tanpa paksa diri dan takde rasa malas. Selepas dia ditukarkan ke department lain, dia kembali solat akhir waktu dan kembali menangguhkan kerja. Solat di awal waktu secara tak langsung meningkatkan produktiviti hidup kita.
- Sedekah - ini adalah antara amalan yang paling berkuasa. Jangan kata dalam Islam je, cer tengok orang Cina bukan main banyak lagi dorang sedekah. Makin banyak dorang bersedekah, makin banyak duit masuk. Kalo kita yakin yang semua ni adalah milik Dia, kita tak rasa takot nak bersedekah. Sedekah sikit2 pun takpe tapi berterusan.
*saya sendiri pun masih belom berjaya buat semua amalan di atas tapi sedang menuju ke arah itu. Chaiyuk2!!*
SIMPAN
Menyimpan bukan la satu cara utk memajukan perniagaan tapi ia perlu sebagai back-up jika berlaku sesuatu yang tak diduga atau bila sampai masa nk upgrade bisnes. Simpan 10% dari pendapatan setiap bulan dalam akaun yang berasingan. Ini bukan saja khas untuk berniaga, tapi orang yang makan gaji pun perlu buat macam ni. Dapat je gaji, terus simpan. Jangan tunggu akhir bulan untuk simpan baki yang tinggal sebab biasanya takde baki dah time tu.. Bila kita menyimpan, secara tak langsung kita akan mula berjimat dan tau mana keperluan dan mana kehendak. Selepas 10 tahun kemudian, ada rezeki buka kedai, atau buka cawangan atau apa2 je la rezeki yang muncul time tu dah ada duit dah dalam bank dan cuma perlu pinjam sikit je lagi (jika perlu).
Di bawah ni saya tambahkan sikit beberapa sikap yang perlu kita ada, dan sikap yang tak perlu ada.
DO:
- SHARE - berkongsi atau ajarkan ilmu yang kita tau. Lagi banyak kita ajar, in shaa Allah akan bertambah ilmu baru yang bakal kita jumpa
- POSITIF - kehidupan ini adalah satu perjalanan. Dan target kehidupan ini adalah mati. Tak achieve apa2 dalam dunia tak bermaksud kita tak berguna sebab time mati nanti akan terpisah la semuanya kecuali Amal Jariah, Ilmu yang beguna dan Anak yg Soleh. JAdi nikmati la hidup dan manfaatkan mas ayang ada ni sebaik-baiknya.
- HUMBLE - merendah diri walaupun dah maju dan kaya raya sebab semua ni hanya milik Dia dan kita terpilih untuk meminjam dengan jumlah yang banyak berkat usaha kuat kita
DON'T:
- MENCIPTA ALASAN - Saya memang nak, tapi.... Saya suka, tapi... Saya bersemangat, tapi... Percaya la kalo kita banyak alasan, sampai bila2 pun kita tak bergerak
- MERUNGUT/ MENGELUH - kejayaan tak muncul sekelip mata, banyak halangan dan rintangan sebelom berjaya. Adakah kita layak berjaya tanpa sebarang ujian. Kalo tak perlukan rintangan, tentu semua jutawan tu muda2. Kenapa semua orang kaya dah tua baru kaya? Sebab zaman mudanya banyak rintangan yang dia lalui dan dia tak larat nak ceritakan. Jadi jangan merungut. Kesusahan yang kita hadapi ni turut dirasai oleh para jutawan sebelom mereka kaya.
- RIAK - berjaya buka kedai terus riak bercerita betapa penatnya dia, betapa banyaknya duit masuk sampai tak menang tangan nak kira, menunjuk2 kereta mahal, beg berjenama; sampai satu masa hati mula berasa gundah gulana. Sales bulan ni tak berapa jalan, 3 loan bank kene bayar, loan kereta mahal dan servis kereta yang mahal, kad kredit tertunggak, gaji pekerja 3 orang, sewa kedai yg gila mahal, stok dah kurang tapi cash tak banyak nak gi borong, nak tambah loan lg ta? Hakikatnya orang yg banyak berhutang nampak kaya di mata masyarakat, namun duit dia sebenarnya negatif. Malah orang yang takde hutang dengan akaun bank RM300.00 adalah lebih kaya dari dia dan jiwa lebih bahagia. Oleh itu, jika berjaya buat loan berniaga, pastikan itu adalah wang utk berniaga dan jangan gunakan utk membeli kesenangan.
Okay, sampai sini je kot yang saya nak kongsikan.
Ya, ini adalah bab terakhir...
Apapun masih banyak lagi ilmu lain, cuma saya sendiri pun belom abes explore.
Semoga ilmu seciput ni bole dimanfaatkan kepada korang yang nak start bisnes online.
Nak berniaga, berniaga je.. Jangan takot...
Bukankah 9/10 rezeki tu datang dari berniaga?
Bukankah 9/10 rezeki tu datang dari berniaga?
Yang penting bila keluarkan modal kene paham apa yang kita niagakan, yakin dengan produk tu dan usaha untuk dapatkan pulangan.
Jangan bergantung kpd nasib je..
Kalo keluarkan duit dan ikot nasib; itu bukan berniaga. Itu berjudi namanya...
All the best semua...
Wassalam...
Assalamualaikum . Kak Asma boleh tak akak share mcam mana masa mula2 akak nk start bisnes ni . Masa tk ada satu org lgsg pun kenal akak . Huhu . Sya nk start bisnes online , tapi mcam ragu2 .
BalasPadamWslm.. baca entry yg sebelom ni ya...
PadamPanjang lebar sy tulis
assalamualaikum. saya suke baca blog awak berkaitan bisnes sebab mudah difahami dan terima akal. tambah lagi mesra rakyat. hehe. btw, good info. teruskan menulis berkaitan bisnes :)
BalasPadamWaalaikummussalam..
PadamTerima kasih sudi baca bllog yg panjang lebar ni..
Apa yg saya tau, saya kongsikan..
Semoga bermanfaat.. ^__^