My Birthday!!

Salam...

Dengan gediknya saya nak bagitau bahawa hari ini ialah Birthday saya...
Muahahahhaaa..

Dan saya nak kek ni:

Kek coklat yang gelap, lembab, bantat-bantat sket, pastu ada coklat melekit sebagai topping dia..
Tak perlu hias cantek2 sbb kek coklat ni lagi hodoh, lagi berselera nak makan..
Tapi saya nak kek yang saiz besar dalam sekilo gitu..
Bole makan seminggu.. 
(macam la ada orang nak bagi..)
Hohoho..


Apa yang buat saya rasa hepi pada tiap kali birthday saya tiba ialah; saya berkongsi tarikh lahir dengan 
CHARLIE CHAPLIN!

Charlie Chaplin B: 16 April 1889

Dulu saya anggap dia ni macam badut je..
Tapi sejak ayah tanya, siapa lagi pelakon silent film yang awak kenal selain Charlie Chaplin?
Kalo seluruh dunia kenal Charlie Chaplin, maksudnya dia orang biasa2 je ke..
A'ah kan...Terdiam kejap aku.. 
Haha..

Ni rupa sebenar dia...
Ensem kan.. Cam tak kelakar je rupa dia...

Sir Charles Spencer "Charlie" Chaplin

Ni ialah satu babak nyanyian yang akan saya ingat sampai bila-bila..
Dari filem Modern Times 
Liriknya?
Dia pakai sebut je, takde sebarang makna pun..
Huhu...
Tapi, perempuan tu cantik kan.. :>


Ni pulak movie tentang Charlie Chaplin mengisahkan tentang biografi kehidupan dia..
Citer ni best dan lakonan sangat mantap!


Ya, pelakonnya Robert Downey Jr sebagai Charlie Chaplin
Pelakon Iron Man yang ensem tu..
Hehe...

Sila tengok trailer movie ni..
Citer ni saya pernah tengok sekali je kat TV.. 
Masa tu zaman sekolah lagi dan tak kenal pun Robert Downey Jr ni..
Dan bila dia muncul dalam video clip Elton John (I want Love), reaksi saya macam, "Eh, dia ni bukan yang jadi Charlie Chaplin tu ke?"

Video clip Elton John tu pun best..
Video tu start dia berdiri kat tengah rumah (atau istana?) pastu dia jalan2 sambil menyanyi (dalam kesedihan).
Last lagu tu dia kembali berdiri kat tempat dia mula-mula start lagu tadi..
Dan video ni takde cut tau.. Sekali rolling filem je untuk 1 lagu terus....
Memang unik la... 
1st time tengok video clip macam ni...

Tak caya, tengok ni:

Unik kan?

Excited punya pasal saya pun tunjuk kat ayah and ayah cakap, "Boyfriend Elton John." sambil gelak..
Saya tak gelak pun..
Sebab saya tak faham langsung apakah mesej yang ayah cuba sampaikan dan ayah tak elaborate more..
Beberapa bulan kemudian baru la saya faham gurauan ayah tu...
Zaman tu kan mana pakai internet lagi..
Lambat sket dapat maklumat..

Aik, camana saya bole merepek sampai ke sini..?
Adoi, ni la kalo dah start membebel...

Arini apa agaknya saya nak buat..?
Saya akan duduk menjahit dan petang nanti pos barang..
Haha...
Tu je la rutin setiap hari...
Barang untuk event masih lagi sikit...
Ada 9 hari je lagi...
Tak tau la mampu ke tak nak buat banyak2 ni...
Harap2 sempat la.. 
InshaaAllah...

Wassalam...

P/S: Malam tadi saya dapat tau Azamuddin Akil a.k.a Alex pun birthday 16 April..Yay!!

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama