Cabaran 7: Sejauh Mana Pendidikan itu Penting bagi Saya

Salam...

Wah, kejap je dah sampai ke Cabaran 30 HAri yang ke-7

Sejauh Mana Pendidikan itu Penting Bagi Saya
---> SEJAUH MATA MEMANDANG

PAda saya pendidikan itu tersangat la penting..
Cuma saya lebih gemar perkataan ilmu berbanding pendidikan

Bila sebut pendidikan kita akan bayangkan sekolah, kolej, IPTA/S, yuran, loan pendidikan, kan..
Tapi bila sebut ilmu, tetibe skop tu jadi lebih luas, malah tersangat luas...

Ilmu penting untuk membentuk kita menjadi seorang manusia..
Tanpa ilmu kita akan kelihatan dungu..

Ilmu bukan hanya diukur dengan berapa banyak sijil kita ada, atau berapa pointer yang kita dapat..
Tanpa sijil pun kita bole jadi orang yang berilmu, cuma takde bukti rasmi..
Tapi sebaik sahaja buka mulut membincangkan sesuatu isu, orang akan tau kita ni berilmu..

Ilmu akan buat fikiran kita menjadi jelas..
Kita akan lebih pandai menilai, walaupun satu dunia mengatakan itu salah..
Namun, orang yang berilmu ni biasanya dilihat sebagai pelik, kerana corak pemikiran kita jelas tentang sesuatu perkara, tanpa dipengaruhi oleh kebiasaaan atau persekitaran membuatkan kita mempunyai pendapat yang berbeza...

Itulah sebabnya orang berilmu ni lebih banyak diam..
Tak ramai yang mampu memahami apa yang mereka nampak...

Tau kan berapa ramai yang buat loan pendidikan yang bernilai ribuan ringgit dan end up bekerja dalam bidang yang tak berkaitan dengan course yang dorang amik time kat universiti dulu?
Saya salah seorang dari mereka..
Hahaha..

Sorang pakcik bagitau saya, anak jiran pakcik ni masuk U, tapi abes je belajar tak dapat kerja, pegi jaga lembu. Kalo takat jaga lembu, anak aku yang lepas spm ni pun bole buat. Ujar beliau dengan wajah yang menyampah aku tengok..

Apa bezanya orang berpendidikan jaga lembu, dengan orang tak berpendidikan jaga lembu?
Orang berpendidikan jaga lembu dengan matlamat nak jadi tokey lembu yang ada ribuan ekor lembu.
Tapi kalo baru setahun keluar U takkan bole dapat seribu lembu kot.. Takes time la...
Orang tak berpendidikan jaga lembu dengan matlamat nak jaga lembu sampai bila2 atau nak ada kandang lembu sebiji..

Begitu juga orang berpendidikan yang amik upah jahit baju bermatlamat nak ada kilang baju sendiri dengan jenama sendiri dan mengedarkan pakaiannya ke seluruh butik di Malaysia.
Tapi kalo baru keluar U setahun, takkan bole buat loan beli kilang...
Kene la kayuh slow2...
Orang yang tak berpendidikan yang amik upah menjahit baju akan jahit baju sampai la takde tenaga nak jahit dah, dengan upah yang sama sejak 20 tahun lepas...

Orang yang berpendidikan melihat sesuatu masalah sebagai misteri..
Apa yang perlu dia lakukan untuk menyelesaikan misteri tu demi melangkah setapak lagi...
Lagi banyak gagal, lagi bersemangat dorang nak selesaikannya..
Orang yang tak berpendidikan melihat sesuatu masalah sebagai sesuatu yang menyusahkan..
Lebih baik jangan kaco masalah tu, buat penat je..
Dan bila gagal sekali, dah serik dan taknak buat lagi...

Saya ada baca satu surat pembaca kat satu ruangan di alam maya berbunyi:
"Mak saya suruh masuk U. Saya tak rasa nak belajar la. Sebab sekarang ni pun ramai yang menganggur, kalo saya masuk U pun saya akan menganggur jugak. Saya nak berniaga. Saya tak fikir masuk U akan buat saya kaya. Cuba tengok Mark Zuckerberg, Bill Gates, Steve Job. Dorang tu tak abes U pun tapi jadi jutawan.."

Apakah peratus orang yang tak pegi belajar tinggi jadi jutawan?
0.1% kot...

Dan berapa peratus yang tak belajar, dan tak jadi pun jutawan..?
99.9% kot...

Itu la..
Universiti bukan la satu2nya tempat nak dapatkan ilmu..
Tapi kene ingat universiti adalah SALAH SATU tempat yang paling banyak ilmu didalamnya..

Objektif sebenar kita masuk universiti ialah BELAJAR CARA MENDAPATKAN MAKLUMAT YANG BERLAMBAK2 DI DALAM UNIVERSITI TERSEBUT.

Kalo kita berjaya buat benda ni, in shaa Allah kat mana2 pun kita berada di dalam dunia ni kita pasti akan berjaya kerana kita tau cara mendapatkan apa2 saja maklumat yang kita nak...

Benih yang elok, dicampak ke laut pun menjadi pulau

Kesimpulannya, pendidikan tersangat la penting...
Dan jangan dilupa pula ilmu akhirat..
Kita pun tak tau bilakah ajal menjemput...

Wassalam...

2 Ulasan

  1. Betul, ilmu ada di mana-mana dan universiti merupakan salah satu tempat untuk mencari ilmu dan peluang untuk mengembangkan ilmu. Tak semestinya orang belajar MBA akan menjadi pentadbir kewangan di dalam pejabat, dia boleh gunakan ilmu yang dipelajari untuk membuka perusahaannya sendiri dan seterusnya membantu orang lain majukan diri melalui kemahirannya. Ilmu boleh digunakan untuk fardu kifayah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul2 sis ayuni.. ilmu ni kalo tau cara praktikkan dlm kehidupan seharian, byk manfaat yg org ramai bole dapat.. contohnya dengan hanya menulis blog berkaitan apa yg kita tahu shj dh beri ilmu kpd org ramai yg googling. Dlm tak sedar kita telah mengajar ramai ora.... :>

      Padam
Terbaru Lebih lama