15/10/2014

Cabaran 21: Tempat yang Anda Ingin Pergi dan Tak Pernah Pergi

Salam...

Hohoho..
Saya tau saya lambat, tapi saya maafkan je diri ini.. :P

Cabaran 30 tahun Hari yang ke-21 berbunyi..

Tempat yang Anda Ingin Pergi dan Tak Pernah Pergi

1. Great Barrier Reef, Australia

Great Barrier Reef ni  terletak di Queensland, Australia..
Ia merupakan Terumbu Karang yang terbesar di dunia..
Besar sangat ke?
Takde la besar sangat, panjangnya kira2 2,300km sepanjang perairan Quesnsland tu..
Cer tengok gambar kat bawah...

gmbar ehsan : www.coolfactsforkids.com
Kalo korang ada peluang pergi ke angkasa lepas nanti, cuba cari benua Australia dan dari angkasa lepas tu korang bole nampak Terumbu Karang tu..
Hebat kan!!

Kenapa saya teringin nak pi sana?
Ala, nama pun Marine Biologist.. Haha..


2. Negara Jepun
Saya tak tau secara spesifik nak pegi area Jepun yang mana satu..
Saya cuma teringin nak tinggal kat Jepun selama beberapa tahun..
Sebabnya saya terpikat dengan budaya masyarakat Jepun yang rajin, punctual, berdisiplin dan baik hati...

Saya pernah tengok satu rancangan Arab kat TV al-Hijrah
Orang Arab ni pergi Jepun sebab nak tengok budaya orang Jepun kat sana..
Contohnya, kedai buka pukul 10.00 pagi..
Para pekerja dah buka pintu 10 minit lebih awal dan orang ramai dah berada kat luar kedai..
Walaupun pintu dha buka, dorang tetap tunggu sampai la pukul 10.00 pagi..
Tepat 10.00 pagi, baru dorang masuk..

MAcam tu juga kat perhentian bas..
Jadual tulis pukul 9.00; dorang tunggu2, pukul 8.55 dah sampai.. 
Tepat pukul 9.00, pemandu bas pun gerak..
Bas seterusnya pukul 9.30, tunggu2 sampai pukul 9.25..
Tepat 9.30 bas gerak..
Memang menakjubkan sampai macam tu sekali punya punctual..

Kalau saya duk Jepun beberapa tahun, pasti saya akan jadi lebih cemerlang!


3. Mekah
NAk sangat pergi Mekah...
Nak menunaikan umrah dulu.. Pastu ada peluang buat haji...
Kalo la saya kaya, rasanya tiap2 tahun kot nak pergi ziarah Mekah ni..
Minta2 la saya kaya..
Amin...

Tu je kot 3 tempat yang saya nak pi dan tak pernah pi..
Korang pulak nak pi mana?

Wassalam..

2 comments:

  1. Semoga Asma dapat melawat atau tinggal di ketiga-tiga lokasi yang Asma cerita kat atas. :)
    Sape tahu kan, rezeki Allah. Yati pun sama, dah tentu nak pergi Mekah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih Yati..
      In shaa Allah semoga dipermudahkan Yati pi sana nanti..
      Bila tengok semua benda makin mahal, macam makin susah je nak pi sana kan..

      Delete

Adbox