Moody Monday

Salam...

Biasanya setiap hari Isnin saya akan gembira..
Sebabnya Isnin ialah befday Rasulullah dan kebetulan jugak saya lahir pada hari Isnin..
Pastu hari Isnin biasanya saya banyak keje nak packing barang dan pos..
HAri isnin jugak, inbox saya lebih penuh dari biasa...
Oleh itu, hari Isnin adalah hari yang sangat produktif!

Tapi hari ni tak... :<

Malam tadi saya dapat satu berita peribadi yang mengejutkan, lantas saya pun terperanjat lalu panik.
Panik tapi cam biasa la, masih nak control cun.. Huhu...
PAnik sangat sampai dalam kepala otak saya ni bercampur baur semua benda dan menyebabkan saya tak dapat berfikir dengan waras..

Berita itu berita gembira sebenarnya, cuma ada sedikit kerumitan di sebalik kegembiraan..
Mungkin ia rumit sebab dah dekat dan ada maklumat yang tak berapa nak lengkap di situ menyebabkan kami tak bole merancang apa nak buat..

Saya memang macam ni, sebelom jadi apa2 saya nak kena ada Plan B, Plan C dan Plan D..
Supaya bila ia berlaku, saya takde la panik sangat dan tak buang masa fikir apa nak buat..
Buat je ikot plan..

Tapi berita kali ni takde plan sebab info tak lengkap...

Berita tu berita peribadi jadi rasanya tak sesuai nak share kat sini..
Bukan berita saya pregnant tau, jangan buat spekulasi..
Kikiki..

Tengah moody2 ni tetiba saya terbaca blog saya follow ni dan lantas tersengih terlompat tersenyum sendiri..

Yay!!
Dah sampai pun..
Apa yang dah sampai tu..?


Ayuni Rafilah telah buat satu segmen sponsor makanan kucing..
Beliau ada 8 ekor kucing yang lapar je tak abes2..
Abes pun tak lapar macam tu..
Haha..
Ayuni nak ajak sape2 yang sayang kat kucing yang sudi sponsorkan makanan untuk kucing beliau..

Saya yang kononnya sayang kat kucing ni pun excited la nak sponsor sebungkus makan kucing seperti dalam gambar tu..
Sebenarnya saya tak begitu tau pasal kucing, jadi time masuk kedai tu, terpinga2 dalam 10 minit jugak la kat depan rak makanan kucing tu..
Tak tau nak pilih yang mana...

Ayuni ada bagitau kucing dia makan Vitapet, tapi takde pulak jenama tu kat kedai..
JAdi saya amik Smart Heart ni sebab kalernya pink..
Haha..Bole gitu... 
Sedap ke tak, jangan tanya ek..
Mana la saya tau..
Kuikuikui..

Disebabkan saya beli makanan kucing ni di waktu petang, tak sempat nak pos pada hari yang sama..
Maka masa yang terluang tu saya gunakan dengan aktiviti riadah iaitu dengan buat satu kad ucapan yang simple seperti dalam gambar tu...

Zoom in sket
GAmbar kad ni Sis Ayuni share kat blog dia..
Bila baca balik ucapan tu, macam kanak2 punya ucapan je,...
Huhuhu...

Kucing dan tulisan tu saya guna felt dan hiaskan dengan ribbon dan bunga..
KAd tu guna kad biasa je yang ada kat umah ni...

Kucing-kucing kesayangan Ayuni berebut tau nak makan biskut ni..
Nak tengok aksi2 comel kucing ni berserta perbualan rare dorang, TERJAH KAT SINI
Kalo tak terjah, memang rugi la..
Bukan senang nak jumpa aksi camtu..
Huhu..

Mekasih ya Sis Ayuni kerana sudi create segmen yang sangat menarik yang melibatkan penyertaan blogger lain.
Dah lama sebenarnya tak join segmen2 macam ni..
Dalam blog lama dulu (lama sangat dah.. 4-5 tahun yang lepas) selalu la join macam-macam..
La ni blog yang saya follow pun dah jarang update..
Nak follow blog baru, jarang jumpa yang berkenan nak follow..

Semoga Sis Ayuni terus sukses dan kucing2 tu kekal comel...

Haa..
Apa lagi, jom la sponsor..
Klik je SINI

Wassalam...




Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama