Kenapa Harga Barang Naik Padahal Harga Minyak Dunia Turun ; dan Serba Sedikit Mengenai GST (khas untuk orang yang tak faham langsung)

Salam..

Haritu saya luangkan masa cari jalan nak tukar template kat online shop yang jual craft supply ni.
Boring kan.. plain je rupa dia..
Gambar2 pun tak berapa nak cun, menyerlahkan lagi kehambaran website ni

Tapi template yang saya minat boleh tahan la jugak mahalnya..
20usd ke 50usd. Nak convert? Darab dengan 3.7 (pada masa entry ni ditulis)

Owh, nak selit sikit iklan.
Sejak 6 bulan kebelakangan ni harga barang naik dengan mendadak walaupun GST belom dilancarkan lagi.
Petrol dah turun harga dengan "banyaknya", tapi kenapa para peniaga tak turunkan harga barang, malah dorang pergi naikkan harga pulak.?

Salah satu punca yang menyebabkan kenaikan harga yang mendadak ni, bukan kerana harga minyak. Persediaan utk GST tu mungkin satu sebab, tapi saya tak faham taktik tu.
Tapi punca utamanya ialah kejatuhan Ringgit Malaysia ke tahap yang kecut perut.

Masa saya mula2 beli barang dari luar Malaysia, nisbahnya ialah 1usd = RM3.01
Lama jugak la nilai ni kekal macam.
Maksudnya saya beli kain sekeping dengan harga 1usd, saya kena bayar RM3.00.
Pastu syaa jual kain kepada korang dengan harga RM4.00, jadi saya untung RM1.00

Paling tinggi yang pernah saya convert iaitu kira2 4 tahun dulu ialah 1usd=RM2.90
Maksudnya kalau saya beli kain sekeping dengan harga 1usd, saya kene bayar RM2.90.
Pastu saya jual kain tu kepada korang dengan harga RM4.00. JAdi saya untung RM1.10

Sekarang Ringgit Malaysia semakin hari semakin jatuh, dan harini 1usd= RM3.70.
Maksudnya saya beli kain yang sama harini dengan harga 1usd, saya kena bayar RM3.70.
Pastu saya jual kain tu kat korang dengan harga RM4.00 jugak. Jadi saya untung 30sen.

Masalahnya, sebagai peniaga adakah saya nak untung 30sen je atas sehelai kain yang saya beli dengan nilai RM3.70?
Sedangkan tariff meningkat, gaji pekerja meningkat setiap tahun, sewa kedai meningkat, sewa rumah meningkat, harga makanan kat pasaraya meningkat, harga sayur dan buah pun meningkat?

Paling kurang pun, saya kene untung RM1.00 seperti keuntungan asal saya tu kan..
Oleh itu, untuk untung seringgit, saya perlu naikkan harga kepada RM4.70.
Baru dapat untung seringgit.

Jom kita tengok skala yang lebih besar, sebab peniaga mesti memborong kan. Mana bole beli kain sehelai je.

Dulu saya laburkan RM3000 dan dapat untung balik RM1000 = untung 33.33%

Kalo saya tak naikkan harga: saya labur RM3700 dan untung RM300 sahaja = untung 8.1%

Kalo naikkan supaya nilai untung sama macam dulu : saya labur RM3700 dan untung RM1000 = untung 27%
Walaupun masih dapat pulangan seribu jugak, tapi peratus keuntungan saya dah mengecil.

Tak tau la korang paham ke tak apa yang saya explain ni..
Ni bahasa pasar punya explanation.
Term tu mungkin tak berapa betul. Harap2 korang faham la ya..

Jadi, kalo korang kat tempat peniaga, apa korang nak buat?
Nak kekalkan harga, ataupun nak naikkan harga?

Bermula April ni, hampir setiap barang yang dijual akan dikenakan GST.
GST ni sebenarnya dikenakan ke atas peniaga yang jual barang.
Apapun, sebagai peniaga takkan kita nak bayar GST dengan keuntungan yang kita dapat ni.
Maka GST tu peniaga forwardkan kepada pembeli.
Untuk menunjukkan bahawa:

"Jumlah awak kena bayar ialah RM10.60. RM10 tu harga barang ni yang akan masuk ke dalam akaun kedai saya. yang 60sen tu ialah 6% yang kerajaan akan amik. Takde kena mengena dengan saya".

Ini dapat elakkan harga barang tu nampak mahal. Ye la kalo kita pergi kedai yang tulis harga RM10.60, mesti dalam hati kata. "uih, mahalnya. Kedai sana tu RM10 je."
Kita pun mesti tak jadi beli dan drive ke kedai yang murah tu. Pastu time bayar RM10.60 jugak sebab dalam resit tulis 6% GST. PAdahal sama je..

GST ni sebenarnya wajib untuk perniagaan yang jualannya mencecah RM500,000 setahun.
Kedai yang tak sampai RM500,000 ni tak wajib, tapi kalo nak bayar jugak; kecik tapak tangan, litar Sepang saya tadahkan (saya tu bukan merujuk kepada sapa2 dalam asmafeltbox ya)
Kedai kecik macam kita ni tak wajib la..
Phew lega...

Namun pengeluar produk, pengilang produk, pemborong, pengedar tu semua rata2nya sampai ke RM500,000 setahun. Jadi setiap pengeluar akan charge 6% kepada pengilang. Pengilang charge 6% kepada pemborong dan begitu la seterusnya sampai kepada peruncit yang akan dicharge 6%. Depend pada berapa banyak lapis la kan.. Macam saya ni peruncit la..

Maka, apabila setiap lapis ni kene charge sehingga kepada peruncit, secara tak langsung kos produk tu akan bertambah bagi setiap lapis. Bila sampai kat peruncit, kos satu barang tu akan jadi mahal. Memandangkan peruncit kecik ni tak perlu daftar GST, maka pembeli yang membeli kat dia ni tak perlu tambah lagi 6% cukai GST. Best kan!

Namun berita baik bagi pengeluar, pengilang, pemborong, pengedar yang dikenakan GST tu ialah, mereka bole claim semula sebahagian dari 6% tu. Dia ada pengiraan dia, tapi saya tak paham sangat. Saya ni kalo nombor memang pening sikit. Cuma makanan je saya tak pening.. Huhuhu..
JAdi walaupun mereka semua ni dah bayar 6% dari jualan, dorang dapat claim semula sebahagian daripada tu.

Tapi, dalam banyak2 peniaga yang saya sebutkan di atas, ada satu orang tu tak dapat claim apa2.

Okay, saya bagi hint ya..
Dia tu bayar 6% GST kepada penjual ; tapi dia tak charge 6% GST kepada pembeli.
Cuba teka siapa dia?

Orang tu ialah peruncit.

Peruncit yang kita pergi kedai dia untuk beli barang dan dia tak charge GST sebab keuntungan dia tak banyak mana,
sebab dia tak daftar GST,
sebab dia tak sampai hati nak charge kita 6% lagi selepas semua benda yang kita beli kene GST.
Dia ni tak dapat claim cukai yang dia bayar disebabkan dia tak mencukaikan pembelinya..

Kalo korang adalah peruncit, adakah korang akan daftar GST supaya dapat claim semula sebahagian dari 6% tu?

Okay, saya tu pun tak pasti kenapa saya bole sampai ke GST..
Apapun, point saya ialah, peniaga2 yang naikkan harga barang tu, dorang takde pilihan lain..
Dorang perlu pastikan bisnes running seperti sediakala, sewa bayar tepat pada masa, gaji pekerja tak bole tangguh, anak2 nak makan, nak belajar, nak pergi tuisyen dan sebagainya..
Berapa harga yang supplier bagi, harga tu la dorang calculate keuntungan.

Supplier ni bagus.
Dorang dah janji sesama sendiri untuk kekalkan satu harga minima..
Contoh, paling minimum RM1, maka semua supplier takkan bagi kurang dari seringgit..
Jadi kalo kita nak tukar supplier pun, harga supplier lain pun macam tu jugak..

Erm..
Tengok la tu..
Tadi kata nak iklan je, ni terus jadi satu entry..
Camana ni?
Bila takde idea, tak tulis langsung.. Bila muncul idea, banyak la pulak..

Sampai sini je la ya..
Kalo diteruskan nanti sampai ke idea macam mana nak nak buat supaya Ringgit Malaysia tak terus merosot; atau camana nak survive kalo terus merosot juga..
Idea dah muncul dah ni, geram2 je nak menaip..

Tapi idea ni cuma bole digunakan oleh pucuk pimpinan..
Pendek kata semua orang pun tau camana nak buat..
Tapi yang peliknya tak buat pun..

Saya pun tak paham kenapa..

Esok saya citer pasal template ya..
Sorry gals..

Wassalam..

p/s: Jika ada kesilapan dalam penerangan saya ni, sila betulkan dengan menulis komen di bawah. Sape nak share pengetahuan pasal matawang dan GST pun bole.. Semoga lebih ramai beroleh manfaat.. :)

p/s : saya tak daftar GST. :)

No comments:

Post a Comment