Salam..
Hari ni nak share kalam Allah ni:
Hari ni nak share kalam Allah ni:
Surah al-Baqarah ayat 126
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata :
Wahai Tuhanku, jadikanlah (Negeri Makkah) ini negeri yang aman sentosa. Dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang berimankepada Allah dan hari Akhirat di antara mereka
Allah berfirman:
(Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka aku akan berikan juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itubagi sementara (di dunia),
Kemudian aku memaksanya (dengan mengheretnya) ke azab neraka, dan (itulah)seburuk-buruk tempat kembali
Huuuu..
Takot kan..
Mungkin kita tengok orang tu jahat sangat tapi rezeki Allah bagi kat dia tak pernah putus..
Ada pulak orang yang dari muda sampai tua terus menerus miskin, lepas tu sakit pulak tu..
Sebelom kita buat andaian bahawa orang miskin tu mesti malas keje, mesti masa muda dia jahat, mesti tak sembahyang, mesti buat jahat kat orang tu yang Tuhan balas balik sekarang;
better kita jangan cakap apa-apa..
Mana kita tau kan..
Mungkin dia terpilih untuk menderita di dunia supaya lidahnya tak berhenti2 memuji-Nya dan fikirannya tak berhenti2 mengangati-Nya, maka dia terus bole ke syurga tanpa hisab kelak..
Orang yang tak ada apa-apa ni; harta takde, anak takde, isteri takde, masa hisabnya lebih singkat kerana tak banyak soalan nak ditanya..
Tak banyak hal nak ditimbang..
Manakala kita yang banyak harta, ramai anak ni lama sikit la hisabnya tu..
Setiap sen kita akan disoal, setiap tanggungjawab ke atas isteri dan setiap anak pun disoal..
Tanggungjawab ke atas ibu dan ayah pun disoal.
Kalo jadi ketua kat tempat kerja, atau sebuah negeri atau negara lagi banyak kene soal.
Dosa lelaki banyak kat tanggungjawan yang tak dijalankan.
Manakala dosa perempuan banyak kat lidah (yang mengumpat) dan aurat yang tak dijaga..
Tapi kalo jadi suri rumah atau kerja di rumah in shaa Allah lidah dan aurat lebih mudah terjaga,
Jangan pulak pegi post gambar macam2 kat fb dan mengumpat orang kat group..
Kalo buat jugak, naseb kau la minah..
Wassalam..