Re-schedule Myself!


Salam..

Semalam tengah baca-baca buku bisnes, tetiba dapat satu tips iaitu Jangan berada di fasa self-employee lebih dari 4 tahun..

Ni dah tahun ke-5; macam mana ni?
Huwaaaaaa..

RAsa macam terduduk kejap baca ni..
Patot la saya rasa macam overwhelm je..
Bukan sebab jemu dengan bisnes ni, tapi sebab setiap hari kerja tak habis-habis.
Terutama sekali kerja remeh-remeh yang saya malas nak buat.

Memang betul tu..
Kalo semua kerja kita sorang buat, akhirnya kita kepenatan kerana dek kerja remeh temeh tu.
Kerja penting pulak belom buat2 lagi sebab perlukan fokus dan kreativiti.
Tengah buat kerja penting, tetibe teringat kerja remeh (tapi penting la juga) belom buat lagi.

Aiyooo..

Hari ni saya belom buat apa-apa lagi..
Saya cuma duduk je kat sini sambil fikir camana nak re-schedule balik hidup saya ni.

Ada sorang sahabat saya tu lagi hebat.
Dia ada 4 tanggungjawab iaitu kerja. bisnes, belajar dan famili.
Dan dia dapat buat dengan baik.
Setiap kali balik kerja dia akan menghadapi jem teruk sampai bole makan nasik ayam dalam kereta; tapi masih boleh membahagikan masa dengan baik.
Hebat betul!

Okay, berbalik semula kepada diri saya..

Sebenarnya saya dah banyak kali re-schedule hidup saya, namun masalah utama bukan jadual waktu tetapi saya yang tak ikot jadual waktu yang saya sendiri tulis..
Teruk kan..
Hemo.. hemo.. hemo..

Harini saya kumpulkan semua jadual yang saya buat tu dan restucture semula..
Semoga schedule ni membantu saya menjalani hidup dengan lebih cemerlang.

Jadual ni saya bahagiakan kepada 4 bahagian iaitu:
1. Yearly Planner
2. Monthly Planner
3. Weekly Planner
4. Daily Planner


Yearly Planner

Yearly planner ni saya buat dalam bentuk gantt chart instead of bentuk list. Senang nak tengok dan senang nak ikot.. Tak bole nak tunjukkan chart saya kat sini, sebab saya ni ramai stalker. Mana taknya, setiap hari ada 800 org yang visit blog ni, tapi berapa orang je yang tinggalkan komen. Nampak sangat I ni ada ramai secret admirer. Hew hew (okay, perasan la tu..)

Biasanya GAntt Chart ni digunakan oleh student terutama sekali utk buat research. Mungkin sebab dah terbiasa guna, maka saya teruskan guna. HUhu.. Ni saya tunjukkan contoh Gantt Chart:

sumber : http://www.advsofteng.com/gallery_gantt.html
Selain tu saya juga buat yearly target. Setiap tahun targetnya ialah nak dapat extra 1k sebulan berbanding tahun lepas. Oleh itu saya terpaksa siapkan akaun untuk tau berapa target untuk seterusnya. Setakat ni belom pernah lagi sampai ke 1k. kikiki..


Monthly Planner

Yang ni senang.. Sebabnya saya beli je monthly planner kat kedai buku dan letak atas meja tempat saya buat kerja setiap hari

Sumber dari saya sendiri, bukan ehsan google
Dalam ni saya tulis:
- order yang nak dipos
- kerja2 yang perlu disiapkan pada hari tersebut dan hari esoknya. 

Lepas dah settle, pangkah je. Dengan cara ni memang takkan lupa la..
Memandangkan kotak ni kecik je, jadi pandai2 la squeeze tulisan tu.
Jangan pegi buat karangan pulak dalam tu. Point2 je dah cukup

Sejak pakai monthly planner ni Januari lepas, kerja dah lebih tersusun. 
Dan lebih banyak task saya berjaya siapkan.
NI adalah idea dari Cik Abang. Maybe dia pening nampak meja saya bersepah2.
Cik Abang memang seorang yg organized, berbeza dengan saya..
Hepi sangat.. ^^


Weekly Planner

Baru je create tadi selepas sedar yang saya dah jarang-jarang update blog..
Bila nak update je, terus tak tau nak tulis apa. Pastu tunda tengahari la, tunda petang la, tunda malam la.. Last2 tak buat.
Salah satu puncanya ialah saya perlu siapkan kerja-kerja lain, maka masa untuk menulis tu agak terabai.
KAlo tulis jugak, jadi tunggang langgang la penulisan gara-gara fikiran merewang ke kerja yang belom selesai tu.

Weekly planner saya saya khaskan untuk topik di blog.
Seminggu ada 7 hari, makan bahagikan kepada 7 topik. Setiap isnin buat topik A, setiap selasa buat topik B dan begitu la seterusnya. Tajuk dan pengisian of course berbeza, tapi topik masih kekal yang sama. Dengan cara ni fikiran dapat fokus pada satu niche pada satu2 masa dan memudahkan pilih tajuk. Mungkin la kan..

Belom pernah buat lagi. In shaa Allah Isnin ni baru start.


Daily Planner

Apa yang perlu dibuat dari pagi sampai malam.
Contohnya:

Pagi
- update blog
- jahit : siapkan tempahan

Tengahri
- check order
- update di social network
- packing barang untuk pos

Petang
- pos
- leasure

Malam
- jahit : siapkan tempahan
- packing / siapkan stok

Dengan Daily Planner ni sepanjang haritu takde la kelam kabut sangat. Terlupa buat itu, terlupa buat ini. Saya selalu terlupa nak update dan terlupa tulis blog. 
Boleh tulis dengan lebih detail lagi seperti pukul berapa nak buat kerja tu, dan pecahkan perkara tu kepada beberapa tugasan yang spesifik.
Pengalaman saya la, lagi detail saya tulis, lagi malas saya nak ikot.
Kalo tak detail, takde la rasa terkongkong sangat dan bole buat dengan baik..

Kesemua planner ni bole tulis atas kertas atau print out dan tampalkan kat meja kerja.
Ataupun bole juga tulis kat whiteboard, nanti senang nak padam in case nak ubah apa2 yang sesuai dengan life style..

Phew...

Ini baru pasal jadual..
Haaa.. Mukadimah tu tadi cakap pasal jangan jadi self-employee lebih dari 4 tahun...
Adakah jadual ni membantu saya keluar dari fasa self employee..?
Tidak..
Sama sekali tidak..
Muahahhaahha..

Jadual ni hanya dapat susun kerja saya je..
Apapun, saya masih seorang self-employee..
Untuk keluar dari fasa ni, saya perlu hire staff untuk buat sebahagian kerja.
Bab ni masih belom dapat figure-out..

Sebabnya saya work-at-home.. Saya tak bole invite orang yang tak dikenali ke rumah.
Apa lagi saya duduk kat tingkat 14. Senang2 je orang yang tak dikenali bole campak saya dari balkoni rumah gara-gara nak merompak. Mungkin imaginasi saya agak extreme..
Tapi malang memang tak berbau kan..

NAnti bila dah jumpa cara, saya akan share..
Terima kasih kerana sudi baca entry yang panjang lebar ni..

Wassalam..





2 Ulasan

  1. Kak Yati suka baca Asma tulis. Kadang rasa macam kita ni sama je. Bagus, semoga Asma lebih organize lepas ni dan dapat ikut schedule yang Asma buat. Good luck dan semoga terus sukses dan mencapai target sales 1K! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kak.. Amin..
      Saya pun silent reader blog akak sebenarnya.. Huhuhu..

      Padam
Terbaru Lebih lama