Kenapa Barang Handmade Mahal?

Salam..

Selamat kembali bekerja / bersekolah..
Sebelom start, nak share sesuatu yang muncul di wall facebook saya malam tadi


Pada awal saya berkraf, memang diakui harga handmade felt yang saya jahit tu murah sangat.
RM2, RM3 untuk felt keychain
Felt phone pouch RM10 je
Felt pillow RM15-RM20 camtu.

Puncanya ialah 
  • saya masih amatur dan tak belom mahir lagi 
  • saya masih dapat untung lagi. Ye la, kos keychain dalam 50sen, jual RM2. Untung RM1.50. Kos bekas phone RM2 jual RM10, untung RM8. Banyak untung tu...
  • saya berkraf ni sebab saya suka ~~
Lama kelamaan, saya sedar bahawa pendapatan bulanan tersebut tak mampu untuk buat saya rolling modal dan menampung kehidupan. 

Oleh itu, cara mengatasi masalah tersebut ialah buat lebih banyak lagi handmade. Secara logiknya, makin banyak order, makin banyak income..

Apabila order semakin bertambah, kerja pun semakin bertambah. Malangnya masa 24 jam sehari tidak semakin bertambah. Tetap 24 jam jugak.Selalu tak dapat tidur malam, tak cukup rehat, sakit pinggang, sakit bahu, tak dapat ikot famili keluar jalan2 sebab takut tak sempat siapkan order.

Jalan penyelesaiannya ialah upah orang buat sebahagian kerja. Masalah kat sini ialah, orang tak nak upah murah. Potong felt bentuk bunga 10sen sekeping dorang taknak (dan bukan salah dorang pun. Kita semua nak gaji mahal. Kalo semua nak gajki murah confirm Indon, Bangla Vietnam, Nepal semua tu tak dapat cari makan kat sini). Dorang nak 50sen sekeping bentuk bunga. Keychain perlukan 2 keping felt, maka 2 keping = RM1.00. Kos bahan 50sen. Maka untung saya 50sen sahaja..

Haa? Untung makin kecik? Padahal order makin banyak..
Dan yang beli pukal tu dapat diskaun lagi..
Nak tak nak terpaksa la buat semuanya sorang, demi memaksimumkan keuntungan.

Bila dah tak larat nak hadapi semua ni, akhirnya saya amik keputusan naikkan harga handmade.
Baru la berpadanan dengan kerja keras saya, sakit pinggang, sakit bahu, mata panda, kepala ting ting, sleeping disorder, ikat perut dan lain2 sebagainya..

Namun, bila harga dinaikkan orang terkejut dan campakkan handmade tu seraya berkata, "mahalnya!!!"
Alah, naik seringgit dua je dah mahal ke..?
Kemudian orang tu pun buat perkara seperti artikel dalam gambar tu (iaitu mengira kos bahan) dan compare dengan harga orang lain; Demi taknak kehilangan pelanggan akhirnya saya bersetuju dengan harga lama. Dan sekali lagi melalui detik2 penderitaan menyiapkan order dengan harga yang tak setimpal. 


Apabila saya mula join pesta craft, salah satu aktiviti yang saya suka ialah berjalan2 di gerai crafter lain dan beli 1 item dorang yang saya rasa comel sangat..
Dua perkara yang saya noticed ialah pertama memang dorang jual murah (macam saya jugak) dan yang kedua harga yang sama dengan saya tu, hasilnya tak sama dengan saya. Jadi kenapa saya perlu under-price hasil craft saya?

Bila dah dekat hujung2 event tu, rata2 mereka semua merungut kerana jualan yang tak memberangsangkan. KAlo hasbis separuh barang pun, jualan memang tetap tak memberangsangkan kerana margin ciput.

Owh, jadi ada 3 benda la yang saya noticed kan?
HUhuhu.

Kemudian saya pergi kat sebuah booth bukan craft.
Dia amik upah tulis nama dalam tulisan khat jawi kat atas penanda buku.
Harganya RM5 sekeping.

Penanda buku tu ialah sekeping kad yang ada jual kat kedai buku dan ada ikat riben kat hujung.
Dia amik berus, celup dalam dakwat dan tulis nama.
Siap dalam kira-kira 6 saat.
Pastu tunggu kering..
Dan harganya RM5.

Keychain felt yang saya jahit, kosnya lebih tinggi dari sekeping kad berikat riben campur berus yang digunakan beratus-ratus kali dan dakwat beberapa titik. Dan keychain tu tak siap dalam 6 saat. Dan orang kata keychain RM4.00 tu "MAHAAAAAAL!"

Kat mana silapnya..?

Time tu saya sedar bahawa saya memperbodohkan diri sendiri.
Saya telah menjadi mangsa dalam permainan peniaga Melayu iaitu kalo nak bisnes laku, kene jual murah. Biar untung seposen pun asalkan orang semua datang beli kat kita. Demi tak mahu kehilangan pelanggan maka saya pun join sekali permaianan potong harga..

Rendahnya nilai hasil tangan saya ni..
Rendahnya nilai saya bersengkang mata, sakit bahu, sakit pinggang, ikat perut selama ni (ikat perot tapi gemok, acaner tuuu? Haha)
Sampaikan terlalu banyak order kene siapkan, ada antaranya yang saya kurang puas hati. Tadi disebabkan deadline dah sampai dan queue order masih panjang, tak sempat saya nak alter semula. Satu lagi, disebabkan harganya murah, rasa penat sangat kalo kene buka balik dan alter.

Akibatnya pelanggan tu tak repeat order dah..
Mungkin tak puas hati, tapi redha..
Nasib saya la...

Dari peristiwa khat tu la, saya revise semula harga dan letakkan harga baru.
Harga yang murah hanya untuk jualan pukal sahaja.
Bila sebut pukal tu, maksudnya betul2 pukal la. Bukan 20 biji macam tu..
Dan deadline dia jauh, jadi sempat nak siapkan walau dalam keadaaan senang lenang sekali pun.

Apabila orang tak bersetuju dengan harga tu dan minta kurang, saya tetap dengan harga yang saya tetapkan tu..

Akibatnya kini order dah semakin berkurangan..
Tapi yang ajaibnya, income atas handmade tak berkurangan..
Dan dari semasa ke semasa, ia semakin bertambah..

Mula-mula tu memang la rasa macam, alamak, kalo dia tak jadi order ni, hilang la sorang kastemer, hilang la RM10 aku..
Tapi kemudian, semuanya ok..

Betul la cakap sorang tu (yang saya pernah baca kat intenet. Tak ingat dah sape tulis artikel tu)
"Kalo kita jual barang harga RM2, kita compete dengan barang lain yg harganya RM2;
Tapi kalo kita jual RM10, kita akan compete dengan yang berharga RM10."

Bezanya kat sini, saya berkesempatan menjaga kualiti..
Dan salah satu kualitinya ialah, tak expose custom made tersebut kat orang lain supaya takde orang buat design yang sama macam dia (lagipun dia lukis sendiri), dan kita berkemampuan melayan permintaan pelanggan kerana ia berbaloi dengan bayaran yang diterima.

Macam lega sangat... ^__^

Apa yang saya nak bagitau kat sini ialah, saya discover perkara ni selepas melalui proses yang panjang dan memeritkan. Terpulang pada anda untuk memilih sama ada nak melalui prosess ang telah saya lalui ni, ataupun nak skipped the process dan terus ke result yang saya dah dapat.

Jom..

Kita mulai minggu ni dengan senyuman lebar seorang crafter..
Ganbatte neh~

Wassalam...

2 Ulasan

  1. Xpe....kalau rasa mahal then beli barang dan rasa camne pedih nyilu nye jari menjahit tau mengait...kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. HUhu.. TAu takpe..
      Duduk tercongok berjam jam lamanya tu sangat meletihkan..
      NAk2 bila harganya terlalu murah, lagi meletihkan.. :(

      Padam
Terbaru Lebih lama