Apakah yang Saya Jual?

Salam..

Korang tak tau ek saya jual apa..?

Saya jual handmade dari felt craft, dan yang paling popular sekali dalam pending order saya ialah keychain, brooch, purse dan bantal.

Selain itu saya juga jual bahan-bahan untuk felt craft.. Ada dekat 200 item dalam kedai maya ni dan semakin bertambah dari semasa ke semasa..

Felt ni pulak ada 2 jenis iaitu POLYESTER felt yang tekstur dia keras sikit dan mudah nak potong.
Kalo buat purse, casing, wording, applique tu memang sesuai sangat la..
Tahan lasak kau, tumbuk2 pun tak jadi apa..
\
Ni warna, saiz dan perincian mengenai beliau..


Felt yang kedua pula ialah acrylic felt iaitu felt lembut..
Lembut dia macam kapas, cuma dia lebih mudah berbulu..
Hasil akhir dia memang comel sangat.. Biasanya saya buat bantal dan keychain guna felt ni..
Tapi nak potong detail dan kecik susah sikit tau, sebab dia degil..
Harga dan warna dia kat atas ni..

Jom tengok hasil dari kain kosong ni...

Ni ialah wedding gift pillow
Memang popular gila la bantal..
Apa pasal ntah..
Mungkin sebab memang saya ni kiyut kot (eh tibe-tibe)

Ni pula sepit rambut simple dimple..
Ni popular borong di kalangan murid-murid dan para pelajar yang buka booth untuk seronok2..
Macam -macam bentuk dorang mintak..
Tapi bentuk ni paling popular sebab murah sket kot..

Ni pulak keychain yang tak putus-putus duk jahit..
Ni pun dorang suka borong jugak ni..
Paling best diborong oleh orang yang sama..
Nampak je nama dia naik, tau dah nak order keychain ni..
Thank you tau sudi order banyak..
Ailebiu...
Memang comel pun kan..
(Sekali sekala puji diri sendiri)

Bunga ni sekali sekala muncul sepecially time hari guru, annual dinner, majlis perpisahan..
Dan ada yg request pen..
Klo murid-murid dorang request pen merah..
Sebab nak tengok cikgu guna pen ni masa menanda buku..
Bole dik, asalkan korang hepi, akak pun hepi..
Guru pun hepi tengok rose yang mekar sokmo tu..
Memang kreatif la korang...

Bantal felt kecik-kecik ni biasa la hadiah ulang tahun, ataupun utk BFF sebagai tanda kenangan..
Kecik kiyut je letak kat meja study, atau meja kerja ataupun kat sebelah tv..
Biar kita ingat sokmo kat orang tersayang tu..
How sweet... (mata jadi hati..)

Haaa.. yg ni wajib muncul setahun sekali..
MAsa bulan puasa, duk pulun buat ni je tau..
Dalam tu bukan beras., nak letak beras pun bole..
Nanti rebus je ek..
Pandai la korang..

Kadang2 saja buat lebih sebab tahu tahun depan mesti ada coming order lagi..
PAndai kan saya..
Pandai kan..
(amboi, banyaknya puji kali ni..)

Suka tak?
Kalo suka meh order..
Takkan tengok je kot...

Yang handmade kene order direct tau..
Yang custom made tu korang kene bg draf dia, saiz dan smeua-semua la supaya saya bole quote harga..
Ada yang minta bantal gambo pikachu sekor..
PAstu kerkejut sebab mahal..
Pikachu kot..Bukan mudah nak buat tu walaupun sekor..
kene potong setiap warna dan jahit satu persatu..

Yang minta bantal tulis " I love You Minah"
pun tak sama harganya dengan 
bantal tulis " I love you Muhammad Yusuf Fitri Adam Bin Datuk Dr. Haji Muhammad Shaqiff Redzuan Adam Bin Ngah"

JAngan la buat terkejut-terkejut pulak ya..
Tengok la berapa huruf saya perlu jahit.. 
Masa nak disiapkan pun dah lari jauh..

Lepas tu dah siap, nak tambah apa2 tulisan, hiasan dan lain-lain sebagainya mesti kene tambah wang juga tau...
Kalo setakat nak tambah love sebiji besar ibu jari kaki ok je bagi free.
Tapi kalo nak tambah love 25 biji sempena 25 hari kita berkenalan, tak mungkin la nak free ye tak..
25 biji love tu bersamaan dengan menjahit 25 biji huruf..

Orait, order handmade untuk bulan 2 ni dah penuh tau..
Paling cepat pun bulan 3 baru dapat..

Yang nak buat sendiri bole dapatkan bahan-bahan kraf kat asma-felt-box.com
Saya pos setiap hari tau..
Baik kan saya..
Comel pulak tu... Hahaha..

Okay..okay..
Sebelom korang menyampah, saya minta diri dulu ya..
Nak siapkan bantal lagi 2 biji utk pos 1hb ni..
Pelik betul design budak2 ni..

Hipster sangat korang ni kan..
Muahahaha..

Bye bye..

Wassalam...




Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama