Salam...
Weehihihi...
Semalam saya rasa agak seronok tau..
Malam sebelom semalam, saya ada godek-godek instagram dan ternampak post2 yang mencuit hati dari salah seorang pelawak tanahair, Tauke Jambu.
RAsa nak gelak pulak tengok post dia tu...
Dan dan tu jari ni terus je komen sambil gelak-gelak..
Tanpa disangka-sangka, Tauke Jambu reply kau..
Walaupun dia reply secara grouping, at least dia ada effort juga nak melayan peminat yang ntah hape2 macam dia juga..
Faham, dia banyak keje dan ramai pulak tu komen.
Mana sempat reply satu-satu ye dak..
Gambo ni memang saya crop la nak bagi jimat ruang..
Kalo korang tak caya, korang gi ushar IG my favourite comedian ni..
Thank you yer Tauke Jambu kerana buat saya hepi.. :>
Pastu godek-godek lagi dan jumpa satu karangan yang benar-benar menarik perhatian saya dari seorang fitness trainer yang kacak gila baq hang popular dan kaya dengan perkongsian tips sihat, yakni Brader Kevin Zahri.
Dia bagitau kenapa lelaki lebih mudah menurunkan berat badan, manakala perempuan susah sikit..
Memang logik sangat..
Patut la saya ni susah betul, turun sekejap2, naik pulak sekejap-sekejap..
Macam yoyo..
Pastu jari ni laju pulak nak mengomen..
Semalam buka IG tetibe nampak la pulak Brader Kevin Zahri ni reply komen I okay..
omg.. suka sangat..
Munge munge hati..
Kali ni munge2 kerana dia reply spesifik..
RAsa macam special sangat
(special mendenyer, perasan lebih sokmo saya ni.. Ngahaaa)
Rasa macam syok pula bila dorang reply..
RAsa macam ada juga orang sudi baca tulisan saya yang tidak begitu bermakna tu..
Saya pula bukan jenis suka tulis komen, kerana takde idea nak tulis apa..
Bila tubik idea je baru komen..
Bila tubik idea je baru komen..
Most of the time, saya "heart" gambo dan perkongsian yang saya suka..
Kelmarin tu, cuma 2x tu je la saya komen dalam banyak2 gambo..
Dua2 pula tu dapat reply.
^____^ <--hepi~~
Petang semalam lepas eksesais (ececeh.. saje nak bagitau orang bahawa saya eksesais tuuuu - tak malu betol.. XD), belek kejap instagram dan nampak Achey (Bocey) post video klip lawak..
Hadoii, gelak guling2 aku menengoknyer..
Dan dan tu terus tulis komen pendek kat bawah tu..
PAstu, haaa teka la..
Mesti dapat predict kan..
Dia reply kau.. Yay!
(kalo tak reply, takde nya aku tulis dalam blog ni.. Self-centered sangat I ni.. Hew hew)
Gaya reply tu macam kawan-kawan je kan..
Suka tau..
Pernah terbaca Achey bagitau yg Abam haritu tersingkir awal dalam Super Spontan (saya tak tengok rancangan ni.. Setakat ni cuma tengok Juara Parodi dan Maharajalawak Mega je. Kalo tengok rancangan lain pun sama ada tengok tv sambil makan atau tertekan.. Bukan tertekan perasaan tau, tertekan remote. Haha..), mungkin kerana Abam kurang beramah mesra dengan pelawak2 lain dlm kumpulan. Lagipun dorang kan yang menyingkir sesama sendiri.. Jadi sapa yang rapat ngan kita la yang terselamat..
Lagipun Super Spontan tu takde la betul sangat pun..
Kita nampak sendiri sapa yang banyak perform dan buat betul2..
Tapi yang menang, orang yang banyak merepek dan banyak bising je..
Saya tak tengok Super Spontan tu mula-mula sebab menyampah tengok Adibah Noor jadi pengacara..
Pastu menyampah pulak tengok 2 orang lelaki yg jadi pengacara tu..
Rasanya deejay kot dorang tu..
Pastu menyampah dengan permainan yang ada orang lain jadi tangan pastu amik benda2 atas meja tu sapu kat muka orang..
Ntah mende2 mainan..
Haritu semasa pelawak kerdil dari Indonesia jadi undangan, dia pegi tarik rambut si kerdil tu taknak bagi lari.
Dah ler live, terpaksa la dia hadap je. humiliation yang diberi..
Sebenarnya benda tu takyah buat pun takpe..
Dah la tak kelakar, membina minda pun tak juga..
Apapun, game2 lain best juga..
Especially yg kepala tiga dan menari-nari tu..
Apapun pelawak yg paling best pada hemat patik ialah arwah Pak Yus (korang tengok time dia kene bercakap dengan 12 patah perkataan; duduk, bongkok, berdiri dan yg berkepala tiga.. Lawak do..)
Pastu Tauke paling best time dia menari..
Lagipun tauke tangkas dan dia takde banyak mengutuk orang..
Walaupun kelakar tapi dia jaga mulut..
Aik, kata tak tengok, dah camana boleh tau ni..
Haha.. Saya tengok sekali sekala kat website dia..
Website tu dia dah buat video pendek2 by game..
Jadi tak perlu la saya dengar pengacara kan commentator merepek2..
Cukup dengan tengok permainan dan ketangkasan para pelawak tu..
Pastu kalo rasa tak suka, tutup dan buka video lain..
Teruk kan saya..
Nampak sangat dictator..
Hahaha..
Eh, camana bole sampai ke sini pulak ni..
Okay, tu la yg saya nak bagitau, komen Achey pada Abam tu menampakkan sangat Si Achey ni ramah punya orang kan..
Kalo tengok Juara Parodi dan Maharajalawak, memang seronok tengok keletah dia tu..
Thank you ya Achey.. Lebiu..
Jumaat ni kita tengok awak kat tv tau..
Sempena meraikan ketuahan saya pada hari semalam, maka nak reward diri sendiri dengan pergi menonton Ola Bola pada hari ini..
A'ah la korang, dah start..
Tak perasan ek..
Tayangan pukul 11.15am harini kat Gurney Paragon Mall harga tiketnya cuma RM6 je per seat..
Betul! Tak tipu..
Tapi pukul 1.45pm tak silap saya RM14 per seat..
Sape free tu jom la..
Murah tu harga tiketnya...
Kami ingat nak pegi Gurney tu..
Tempat tu pun tak tau kat mana, cari je la..
Nak merasa tengok wayang RM6.
Haha.. Teruk kan..
OKay la, dah nak gi dah ni..
Arini pos barang cam biasa, tapi saya online lewat sikit..
Korang order je kat website, pastu hantar maklumat pembayaran ke whatsapp atau email saya ya..
Balik nanti mungkin dlm pukul 2pm, saya terus process order dan pos petang ni..
Jangan bimbang, saya bab last2 minute ni memang terer..
Hero la katakan..
Ngehehe..
Okay, chow dulu..
Wassalam...