My New Management Planner

Salam...

Jangan cuti lama-lama..

Nak cuti bole, tapi jangan lama-lama.
Kalo tak nanti jadi macam saya ni ha..
Dah mula kerja tapi mood kerja tak mai..
Buka blog, sejam termenung depan lappy, tak tau nak tulis apa.. Mood tak mai..
Buka fb, termenung juga.. Mood tak mai..
Naseb baek bila buka order, mood mai..
Dapat gak packing dan pos barang...

Dalam tempoh nak keje tapi mood tak mai, saya abeskan masa dengan jalan-jalan kat instagram..
Belek2 gambar, belek video pendek2 tu kan..
Pastu saya google banyak-banyak, nak bagi masuk mood..
Akhirnya mood tu pun datang, tapi slow mo bak sinetron dalam scene terkejut sampai zoom-in ke muka pelakon tu..
Slow macam tu la..
Slow pun takpe, asalkan start kan..

Aritu, lepas abes tengok wayang saya gi kedai buku jap nak beli diary..
Dah nak abes bulan 1 baru nk beli diary?
Kelewatan apakah ini..?
Better late than never, yer tak..

Saya beli planner sebanyak 2 biji.
Naseb baek ada lagi..

 Yang pertama Planner macam gini:


Kecik dan nipis je macam buku latihan sekolah..
Jom tengok kenapa saya perlukan buku ni..

Ni la ruang yang saya nak..
Ia menyamai monthly planner saya tahun lepas
Saya tulis order yang perlu pos pada hari tersebut dalam kotak-kotak tu supaya tak tertinggal
Cuma kali ni nak try dalam bentuk buku..

Sebenarnya yang tahun lepas tu lagi senang nak tengok..
Ia terbentang je atas meja, senang nak rujuk dan tulis sebab ada atas meja je kan..
Buku ni pulak amik masa sikit la, kene buka tutup pastu simpan kat tepi..

Cuma kelebihan buku ni ialah rekod tu terpelihara sepanjang tahun..
Kalo ada prob (terutama time buat akaun) senang nak tengok balik yg beberapa bulan lepas punya.
Maklum la saya ni memang liat sikit bab akaun ni..

Planner yg atas meja tu, lepas abes bulan tu kita siat utk bulan seterusnya kan..
Pastu buang kertas tu..
Pastu takde dah rekod nak check balik..

Oleh itu, kali ni nak try camni pulak.
Kita tengok camana outcome nya..


Dalam ni ada sekali yearly planner tau..
Kalo utk perempuan memang berguna sangat..

1) utk tanda menstruasi (betol ke eja)
2) utk tanda birthday kawan2, kenduri, jualan murah, event
3) utk tanda event yg kita nak kene pergi, kursus, bengkel dll
4) utk tanda apa2 yg berkaitan dgn aktivi anak spt hari sukan, hari anugerah cemerlang, hari kokurikulum, hari pibg dan sebagainya yg perlu kita hadiri
5) utk peniaga yg busy giler dan malas buat akaun, bole guna utk tulis sales pada hari itu. Guna pen hitam utk jumlah wang masuk, pen merah utk wang keluar.. Hujung bulan terus kira.. Senang..


 Itu ialah buku khas utk pos barang je tau..
Buku yang kedua pulak ialah ala-ala diary yang nak saya gunakan utk planning yg lebih detail..


Yang ni buku kulit keras, saiz A4
Apakah kelainan planner ni?
Jom tengok..

Inilah yang saya perlukan..
Alamak, kabur pulak..
Sori yer kawan2, dah upload baru nampak gambarnya tak jelas..

Salah satu ciri orang yang sentiasa improving ialah mereka luangkan masa mencatit idea, perancangan, target, to do list dan yang seangkatan dengannya..
Yang terbaik ialah: 
1) sebelom tidur dia target apa nak disiapkan esok
2) hujung minggu dia set apa nak disiapkan minggu depan..
3) hujung bulan dia set apa nak dia achive utk bulan depan..
4) awal tahun dia set apa yg dia nak achieve hujung tahun ni.

Pastu dia ada lagi target utk 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun dan sebagainya..

Perkara ni tak terhad kepada perniagaan sahaja..
Student pun bole set target, nak buat latihan banyak mana dalam sehari, atau nak dapat 90% dalam seubjek2 tertentu, atau target nak dapat B utk subjek yg selalu dapat D.
Target ni mesti yang mampu dicapai..
Kalo selama ni D nak terus A, biasanya tak dapat..
Mesti target logik, iaitu sebelom ni dapat D, kali ni nak dapat C, pastu nak dapat B, pastu baru A.
Slow2,,

Yang nak kurus pun bole..
Target, pada jumaat depan saya nak turun 1kilo dan perut pun turun setengah inci..
Sebulan kemudian nak turun 4 kilo, dan perut turun 2 inci.
Atau, ptg pukul 4 berzumba 5 minit, selang 2 hari pergi cycling pulak 10 minit..

Tulis planning tu supaya bila kita buka page pada harini , terus tau nak buat apa pada hari tersebut...
At least ia perlu untuk saya..
Dulu masa jadi student, bole je simpan semua dalam kepala kerana takde keje lain dah kita ni belajar je memanjang..
Semakin dewasa, semakin banyak tanggungjawab yg perlu kita galas, cthnya kita seorang pekerjaa seorang isteri, ibu kepada 2 anak, dan anak kepada kedua orang tua. 
Kalo yg ada buat bisnes part-time atau keje part-time lagi la banyak keje nak buat..
Kalo otak kita cekap, tingkatkan kecekapan tu dengan bantuan planner macam ni..
At least sebelom tido kita dah review dan tau apa nak buat esok..

Macam saya yang bayak kelemahan ni, kelemahan utama saya bila sakit kepala semua susunan dalam otak ni dah jadi tungganglanggang..
Maka planner ni memang sangat diperlukan..
Saya ada citer kesah saya dan saket kepala sebelom ni kan..

Dalam planner ni juga ada bermacam benda lagi yangsaya sendiri pun tak reti guna..
Contohnya macam bajet tahunan ni..
Nanti la pikir camana nak guna

Pastu ada jadual macma ni..
Tak reti gak nak guna ni..

PAstu week analisis ni..
Nampak macam gant chart je..
Sesuai utk korang yg buat tugasan atau projek..
Dapat terus mark down je..

Last but not least, yearly planner..
Macam yang dalam buku pertama tadi..
Elok juga ada 2.. 
Satu utk jadual menstruasi, satu lagi untuk untuk duit keluar masuk..

Guna yearly planner untuk rekodkan duit keluar masuk?

Kenapa terkejut sangat tu...
Walaupun sangat tak praktikal guna jadual ni sbg akaun, sekurang-kurangnya ada jugak la rekod akaun tu dari berniaga susah2, tapi bulan2 dapat berapa pun tak ingat sebab dah guna duit tu..
Biasanya ibu bekerja dan berniaga yang ada prob ni..
Jadi alang-alang dah ada kotak ni, isi je la..
At least dpt juga tau roughly berapa sebenarnya korang dapat dan guna dalam sebulan..
Kan...

Jangan main-main tau, nampak duit masuk laju je, banyak je..
Tapi sebenarnya tak banyak pun..
Banyak hidden cost yang kita tak nampak tau..
Nak senang, hire sorang akauntan, paling kurang pun kerani akaun untuk rekodkan..
Kalo tak mampu dan dalam masa yang sama takde masa; guna je la apa yang ada..
Yearly planner tu yang paling sempoi sekali..
Percaya la cakap satu

Pastu satu lagi cara yang paling senang, malah lagi senang dari kaedah sempoi di atas ialah:
Sediakan satu purse khas (bagi besar sikit macam pencil case atau beg kosmetik camtu).
Setiap kali dapat jual barang, asingkan terus modal ke dalam purse khas dan selebihnya masuk purse utk belanja..
Contohnya, kos barang tu RM5; harga jual RM8
Bila ada sorang beli barang tu; masukkan RM5 ke dalam purse khas dan RM3 lagi dalam purse biasa..
Yang RM3 tu bole guna utk beli barang2 dapur ke, pampers anak ke, susu anak ke, isi minyak kete ke..
Yg RM5 tu jangan usik okay..
Nanti nak pergi memborong, guna wang yang dalam purse khas dan sebaiknya tambah sikit lagi utk cover expenses lain seperti kos perjalanan, makan minum dalam perjalanan dan sebagainya..

Pastu masa beli barang kat kedai, in case ada beli barang dapur campur barang niaga..
Contohnya beli bayam, ikan , kopi  utk kegunaan rumahtangga; pastu beli juga plastik bungkus, ikan bilis dan telur untuk niaga..

Bila jadi gini, better korang separate barang tu dan bayar asing2..
Sama ada mintak cashier tu buat bil asing, ataupun minta adik, anak, suami atau sapa2 yg ikot kita time tu bayarkan barang dapur; kita bayar brg niaga..
Dan ingat, guna wang dari purse khas serta resit tu pun simpan dalam tu..
Nanti tulis akaun senang nak rujuk..

Okay, itu la sedikit perkongsian dari saya..
Semoga bermanfaat..

Wassalam...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama