DIY : Cara Buat Label Sendiri Menggunakan Transfer Paper.

Salam...

Kepada korang yang telah lama menanti-nantikan transfer paper yang out of stock haritu,
Ni ada berita baik...

Transfer Paper dah Restock!!!
YeeHaaaaa!

Apesal seronok sangat tu?

Seronok la..
Dah lama sangat tunggu kan.. Akhirnya sampai pun..

Korang yang dah biasa guna tu, tak perlu explain lagi..
Kepada korang yang belom pernah guna tu pasti tertanya-tanya "apa kaitan transfer paper dengan label".

Korang yang ada produk sendiri dan nak letakkan label berupa ribbon, contohnya bantal, keychains, purse dan sebagainya; pasti korang kene tempah custom made label..

Setahu saya label tu ada minimum order.
Kalo yg nak order sikit2, harganya mahal sikit la atas sekeping..

Salah satu alternatif ialah buat label sendiri dengan menggunakan ribbon dan transfer paper.

Tutorialnya saya dah buat kat entry ni : http://asma-felt-box.blogspot.my/2013/06/tutorial-diy-handmade-label-ribbon.html

Dan baru-baru ni saya ada buat video yang pendek untuk tunjukkan memag betulboleh transfer tulisan tu pada ribbon..
Memang itulah tujuan kertas itu dicipta..

Check-out video pendek tu kat sini:


Video ni saya buat pada pukul 2 pagi dalam keadaan mengantuk..
Tapi tengok la, jadi je kan ribbon tu..
Memang simple sangat2..

Kat mana nak dapatkan transfer paper tu?
Tak perlu cari jauh-jauh, beli je dari saya..
Harga transfer paper ni RM5 sekeping saiz A4
Murah sangat.
Murah nak dibandingkan berapa keping label yang korang bakal dapat kelak..

Pastu bole tukar2 design kalo rasa cam tak best je design..

Nanti bila dah banyak sangat production, baru order ribbon yg jenis sulam atau cetakan dari kilang..
Tak larat kot nak meng"iron" kalo banyak sangat kan..
Huhuhu...

Transfer paper ni juga bole digunakan untuk transfer design kepada baju tshirt ke, pillow ke, beg ke, atau apa2 yang berasaskan fabrik...

Ada yang tanya, tahan tak label tu bila dah basuh?
Secara jujurnya saya sendiri pun tak pasti.
Saya hanya gunakan untuk buat label pada produk kraf yang jarang basuh..
acam keychain, purse camtu kan jarang je basuh..

Pada pakaian tak pernah buat pula..

Tapi kertas ni produced untuk transfer design kepada t-shirt.
Jadi sepatutnya dia tahan la kan..

Apapu, itu korang kene try and error sendiri la..
Saya tak pernah try buat kat pakaian..

Owhh.. Ada sesuatu nak share..

Akhir tahun lepas ada seorang guru order transfer paper ni untuk projek anak murid beliau..
Guru tersebut kongsikan kepada saya detik-detik tersebut..





Bila tengok gambar2 ni kan. hati rasa seronok sangat...
Tak tau la kenapa..
Rasa nak join juga dorang buat tshirt tu..
Huhuhu...
^___^

Terima kasih cikgu kerana kongsikan gambar yang precious ni kepada saya..
Nak letak gak kat blog ni supaya bole tengok balik bila tua nanti..

Tapi ribbon tu kat kedai alat jahitan kat tempat korang pun ada jual, in shaa Allah..

Esok saya update pasal ribbon tu ya..
Yang tak sabar nak tau, klik je link tu..
Nanti korang akan dibawa merentasi alam maya bertemu ribbon tu..

Okay la..
Minta diri dulu..

Wassalam..

1 Ulasan

  1. Salam. Saya berminat nak beli iron transfer paper. Boleh whatsapp saya? Tak jumpa no.😅. +60193321769. Tq

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama