Update : Apps for Felt Craft Supply Store

Salam...

Yay! Akhirnya berjaya menyempurnakan app asma-felt-box!
Syukurrr....

Yang beta version tu korang dah bole uninstall dah (tapi nak continue pakai pun bole, saya cuma ada buat penambahbaikan dan perincian sikit).

Yang belom install, bole on phone korang dan klik link ni:

http://apps.appypie.com/media/appfile/e10e9b8ac850.apk

Pastu dia akan automatik donlod..

Lepas siap donlod dan akan tanya nak install ke tak?
Jawab nak.

Pastu dia install

Dah selesai install tu, korang kene delete file yg korang donlod tadi.
Kalo kat phone saya tempat dia kat folder "file manager" pastu kategori "APK aka APPS"
Buang file tu untuk elakkan dia buat phone kita fenin fenin lalat...

Cer korang buka apps tu dan didapati muka dia macam ni:


Sedikit pencerahan (saje nak bagi panjang sikit karangan hari ini)

1. Perihal tu ada tulis detail tentang bisnes ni. Waktu urusniaga, penghantaran semua ada kat sini.

2. No whatsapp dan email address ada kat Buku Tepon.

3. Nak tanya apa-apa, ataupun saje nak order barang bole buat kat Pertanyaan. Reply saya tu nanti akan masuk ke email korang. Kalo jarang buka email bole terus whatsapp. 

4. Track Parcel korang kat "kanta pembesar" tu dengan taipkan tracking number. Nanti dia carikan kat mana parcel korang berada. Senangkan, takyah buka browser dah.

5. Social Network tu saya himpunkan facebook page, instagram, twitter, blog dan kedai online saya. All-in-One. Bole la korang nak ushar kejap2, tak perlu search apa2, cuma klik je dan terus muncul update terbaru. 
Paling banyak saya tulis kat FB. IG dan Twitter jarang2, tapi nak usaha aktif kat situ juga. 
Doakan ya.. 
Sambil2 tu bole gak ushar apa bebelan terbaru saya kat blog. Klik je, tak perlu search.

6. Shop tu akan redirect korang ke shopping cart asma-felt-box.com. Bole terus order kat situ. Tak perlu buka browser.

7. Nak baca kastemer feedback? Feedback ni banyak, tapi saya amik yang mana sempat je la ya. Customer Feedback ni mungkin perlu untuk korang yang baru 1st time nak berurusan dengan saya. Takot kene tipu, takot barang tak sampai. Diharap screen shot tu mampu melegakan hati korang. Jangan bimbang tau, saya dah niaga sejak 2010 dan masih aktif sehingga kini... ^_^

8. Bahan Kraf yang Anda Perlukan tapi Tiada di asma-felt-box?
Haaa.. Tulis je bahan tu kat Survey.. Kalo majoriti nak benda yang sama saya akan carikan..

9. Ni yang paling seronok. Selepas korang order dan buat pembayaran; mesti nak inform yang dah bayar kan?
Selain isi borang payment confirmation di website; korang dah bole isi maklumat yg sama kat app ni di ruangan Update Bayaran
Nak upload gambo bole, taknak upload gambo pun bole. 
Kalo upload tu senang saya jejak transaksi tu. 

Okay tak?
Sebenarnya ada lagi nak tambah, tapi cukup la dulu kot..

App ni sizenya 15MB.
Ini la terkecik yg mampu saya buat..
Nak cuba buat 5MB je sebenarnya tapi tak dapat pun.. :(

JAngan lupa donlod tau..
We stay keep in touch... <3

Wassalam....

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama