Warna Baru Snap BUtton

Salam..

Saya dah selesai berpantang..
Yeah yeah!

Dalam tempoh berpantang tu rasa geram je nak start niaga balik..
Tapi tak bole..
Kene banyak baring dan jaga baby.

Sekarang baby dah nak masuk dua bulan..
Dia masih banyak tidur, tapi malam berjaga dan bunyi-bunyi sampai la pukul 4-5 pagi baru dia tidur.
Saya pun tak pasti kenapa dia bunyi-bunyi waktu malam.
Kadang-kadang nanges.
Bila nanges tu, saya stress la..
Sekarang tengah cari jalan supaya dia tak nanges malam..


Sebenarnya dalam tempoh 9 bulan mengandung dan bersalin ada banyak perkara berlaku, tapi takde mood/malas/tak sempat nak tulis kat blog dan upload kat IG.

Tunda tunda tunda...
Akhirnya bila berkesempatan menulis, lupa dah nak tulis apa..

Apapun, harini nak bagitau bahawa Snap Button dah tambah warna-warna baru..

Snap Button
Inilah warna snap button yang comel-comel sangat.
Nak buat apa dengan snap button ni...?

Saya suka pasangkan kat purse dan bag.
Ada juga yang pasang kat pakaian bayi dan kanak-kanak.

Kat bawah ni pula alat pemasang dia..


Cara nak pasang pun tersangat la senang..
Tengok Tutorial Cara Pasang Snap Button kat SINI

Dapatkan semua ni kat asma-felt-box.com

Eh, kejap je kan dah nak sampai ke penghujung 2018.
Ke manakah hilangnya masa itu..?

Macam mana pula dengan Visi dan Misi 2018?
Adakah berjaya...?
Atau kurang berjaya..?

Hujung tahun nanti baru check.
Buat masa ni sempat lagi nak catch up (kalau rajin.. Huhuuu)

Sape yang nak join Giveaway bulan ni, masih berbaki 3 hari lagi..
Join cepat kat instagram.com/asmafeltbox

Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan