Amigurumi Monster Keychain

Salam.

Korang yang ikuti perkembangan saya (ada ke T__T) pasti tahu kini saya lebih banyak ber-crochet berbanding ber-felting untuk projek suka suki.

Saya nak throwback je hasil crochet saya tahun lepas.
Sape yang follow instagram saya pasti dah tahu.

Amigurumi Monster Keychain

Comel tak?
Nampak macam kebingungan je monster ni. 
Bingung macam tuan dia juga la.
Haha

Tapi kalo takde tangan tu nampak macam Monster Gigi pula.
Guna benang putih, buat mulut senyum, tambah kepak merah.
Jadi Tooth Fairy yang orang putih suka tu.
Okay juga kan..

Ada masa nanti saya try buat.

Monster ni saya try try-try je reka sendiri.
Susah juga reka amigurumi ni.
Better amik je pattern yang orang dah buatkan.
Senang keje.

Lepas upload gambar Green Monster tu terus dapat order.
Dia nak warna pink campur purple, nak pakaikan baju.
So saya pun try-try la pakaikan dia baju.


Inilah hasilnya.
Yay!

Cuma tangan dia nampak mengepak sikit.
Saya masih tak tahu cara yang betul untuk cantumkan komponen badan ni.
Tiap kali buat mesti hasilnya lain.
Tu yang geram je tu...

Bagi saya crochet memang susah sangat sebab tu la tak pandai-pandai.
Ada yang minta saya buat video ajar ber-crochet.
Tapi saya malu la. Hahaha..

Pegang benang dan hook pun masih lagi tak betul, terkial-kial.
Nak ajar orang pulak.
Takot nanti otai-otai marah.

Tapi rasa geram gak nak buat video ber-crochet ni.
In shaa Allah ada kelapangan nanti saya buat video.
At least satu video pasal crochet pun jadi la..

Nak buat kat youtube ke, nak buat kat IGTV?

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama