Welcome 2019

Salam

Website baru dah nak siap. 
Database customer pun dah siap. 
Yippi!
Penat giler tau..

Harini masukkan Reward Point pula.
Tak siap lagi ni.
Rehat jap, update blog.
1 Januari ni nak cakap pasal apa ek, mesti la pasal azam baru kan

Sebelom tu Visi dan Misi 2018 berjaya tak?

1. 100 blog entry - dapat 29 je.

2. 12 video kat youtube channel - dapat 3 je.

3. Giveaway Bulanan - dapat buat 8 bulan.

4. 10 projek suka suki - dapat 13 projek crochet.

Haha. Nampaknya 1 visi je berjaya. Yang lain tu berjaya juga buat cuma gagal menyempurnakannya (jaga hati).

Tahun ni pula macam mana..?

Tahun ni ada baby dan perlu cope dengan rutin baru seorang ibu.
Maka azam visi tahun ni kene realistik la sikit.

Visi 2019 

1. 50 blog entry (realistik ke ni?)

2. 5 video kat youtube channel (tak serik lagi tu)

3. 10 projek suka suki (okay, realistik)

4. Aktif kat IGTV 

Giveaway tak confirm nak buat ke tak.
Giveaway yang tahun lepas pun sellau lewat update, lewat umum pemenang.
Rasa bersalah juga kat para peserta.

Blog etry tu kalau berjaya update seminggu sekali, in shaa Allah dapat 50 entry setahun.
Saya ada baca satu blog ni dia buat wrap-up kisah yang berlaku selama seminggu.
Setiap Ahad dia update.
Menarik juga kan.
Tapi itu sesuai untuk personal blog.
Craft blog ni tak pasti sesuai ke tak.

BAru saya ingat, punca utama saya tak buat video ialah sebab kene tendang dengan youtube.
Pastu saya merajuk la, apa lagi. 
Hahaha.. 
Tu yang tak jenguk dah youtube tu. Padan muka dia.
JAdi tahun ni nak buat juga la 5 video.
At least ada la juga jenguk Asma TV tu

Projek suka suki tu kena ada.
Tahun ni nak buat crochet juga.
Minat crochet tapi I'm not really good at it.
Slowwwwwwww.
Ada juga dapat order buat crochet purse, plushies tapi terpaksa tolak.
Saya mengait terlalu perlahan. Tak siap-siap :(

Maybe 10 tahun lagi baru buka order. Huhuhu..

Nak try aktif kat IGTV tapi tak tau nak aktif macam mana.
Maybe IGTV bole replace youtube channel saya.
Senang sikit kot, tak perlu sempurna sangat, goyang-goyang sikit, gelap-gelap sikit pun okay.
Tak pelru set-up beria-ia sangat kan..

Okay la, nak sambung update Reward Point.
Sekarang tengah fikir bila la nak launch website baru ni.
Patutnya launch harini.
Nampaknya kene tunda lagi 10 hari, in shaa Allah.

Apa azam korang tahun ni?


Catat Ulasan

0 Ulasan