Saya ada benang kait warna oren yang sangat banyak. Malangnya kualitinya sangat tak menyenanagkan hati. Benang tu cepat lerai dan sangkut² ketika mengait. Hasil kaitan pun jadi berbulu².
Minggu lepas saya nampak satu tutorial kat youtube cara buat beg crochet. Apalagi, saya pun guna la benang oren tu nak test menjadi ke tak buat beg crochet.
Lepas seminggu, inilah hasilnya!
Walaupun jadi tapi sebenarnya saya tak pakai tutorial tu 100%. Banyak yang olah sendiri dan campur² dengan tutorial lain.
Ini serba sedikit caranya.
Saya tak tulis pattern tau, leceh juga nak tulis, masa pun sangat suntuk dengan baby kecik ni. Saya update bloh ni pun tengah malam lepas layan dia melalak tadi.

Lepas tu hujung oval tu saya buat slip stitch untuk bagi dia terletak/menapak.



Tali beg buat 2 utas guna double crochet. Saya buat sepanjang 30 inci. Macam terlalu panjang je. Lepas ni kene pendekkan sikit memandangkan takde adjustable ring tu.
Satu lagi tali guna teknik chain. Tali tu untuk jerut beg. Beg ni tak pakai zip.



Comel tak?
Ya, saya tau warnanya tak sedap mata memandang. Cam saya cakap tadi, saya nak habiskan benang oren ni.
Saya ni rasa bersalah beli benang oren kalo yang ada ni belom habis lagi.
Berita baiknya, benang oren ni dah nak habis. Maka saya bole la beli benang oren. Yippi!
Kalo korang rajin sila la buat beg ni. Bole la pakai masa raya kan....
0 Ulasan