Instagram Khas Crochet

Salam.

Salah satu perkara yamg buat saya serba salah ialah mencampurkan hasil kerja crochet kat instagram asma-felt-box.

Obvious kot tu nama pun "felt" tapi asyik update pasal crochet je. Nak update pasal felt memang takde sebab tak buat apa² projek felt sejak mengandung haritu.

Projek felt agak messy, saya pulak malas kurang suka mengemas, dengan baby yang tengah aktif meneroka rumah ni, saya stop dulu production produk felt dan salurkan kegianan ni kepada mengait.

Mengait tak messy macam felt. Benang satu, jarum satu. Pergi mana² pun bawa tu je dalam box. Kadang tu dalam mangkuk 😅.

Rasa bersalah tu bukan apa. Kebanyakan yang follow IG tu adalah niche 'felt', tetibe yang banyak update crochet. Kalo saya pun, rasa boring juga kene follow benda yang kita tak minat. Tul tak..

Walaupun rasa bersalah tapi geram gak nak tampal hasil kerja kat instagram. Maka terhasil la akaun baru ini.

@jarijoget

Tengok tu, nama I Jon Kusyé kau..
Nak menyamar minah saleh la kononnya 😂.

Kat sini saya cuma update hasil crochet je. Mungkin juga work in progress dan hasil kraf lain lepas² ni. Tengok la camana. Biar masa yang menentukan...

IG asma-felt-box tu biar berkaitan dengan felt dan bahan kraf sahaja.

Okay, tu je nak cakap.
Bye...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama